Grujic Pemain Pertama Diikat Klopp

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 9:00 AM

Marko Grujic.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL mengesahkan berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah Marko Grujic dari Red Star Belgrade.

Pemain berusia 19 tahun itu muncul pemain pertama dibawa masuk Jurgen Klopp selaku pengurus Liverpool dengan nilai perpindahan mencecah 5.1 juta pound (RM33.05 juta).

Grujic bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian yang akan menyaksikan dia berada di Anfield sehingga musim panas 2020.

Bagaimanapun, Grujic tidak akan terus beraksi bersama The Reds dalam kempen kali ini.

Sebaliknya pemain bawah 21 tahun Serbia itu kekal beraksi bersama Red Star sebagai pemain pinjaman.

Klopp tertarik untuk mendapatkan khidmat Grujic yang tampil sebagai antara seorang daripada pemain muda harapan Eropah.

Grujic akan bersama dengan Liverpool pada Julai nanti untuk memulakan jelajah pra musim.

"Kami sangat gembira kerana Marko adalah pemain berbakat dan kami sudah banyak kali melihat kelibatnya.

"Apabila saya datang ke sini, barisan pencari bakat melihat beberapa salinan video pemain dari Red Star Belgrade yang memiliki kemahiran baik.

"Kami lihat, bercakap dan menemuinya. Dia budak baik, masih muda tetapi sudah memainkan peranan penting di Red Star yang juga kelab terbaik di Serbia

"Untuk menerangkan mengenainya, saya mahu katakan dia memiliki ketinggian tetapi cukup pantas serta bagus dari segi teknikal.

"Dia boleh lakukan hantaran, menggelecek... dia masih muda dan bakatnya perlu diasah lagi," kata Klopp menerusi laman web rasmi Liverpool. 


Tags / Kata Kunci: Marko Grujic , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan