Melaka United Tandatangan Pemain Tengah Montenegro

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 3:08 PM

Balsa Bozovic

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka United melengkapkan kuota pemain import mereka apabila mendapatkan pemain tengah dari Montenegro, Balsa Bozovic yang juga bekas pemain kelab Persela Lamongan yang beraksi di Liga Super Indonesia.

Bozovic yang pernah mewakili FK Buduc'nost Podgorica, FK Mornar dan FK Zeta di liga Montenegro akan menyertai rakan senegaranya yang juga penyerang, Ilija Spasojevic, Labinot Harbuzi dari Sweden dan Shin Jae-pil dari Korea Selatan dalam pasukan yang akan beraksi di Liga Perdana musim ini.

"Kami harap kehadiran Bozovic akan memantapkan lagi pasukan dan mampu bekerjasama dengan pemain lain termasuk tiga pemain import yang ada," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Yusof Mahadi.

Yusof ditemui selepas majlis menandatangani kontrak pemain Melaka United dan Kongres Tahunan kali ke-60 MUSA di Seri Bendahara di sini yang dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Presiden MUSA.

Turut menandatangani kontrak bersama Melaka United adalah dua bekas pemain Pahang iaitu pemain pertahanan Mohammad Abdul Aziz Ismail dan pemain sayap R Surendran, serta bekas pemain pertahanan DRB-Hicom, Ahmad Shahir Ismail.

Yusof berkata ketika ini jurulatih Mat Zan Mat Aris sedang dalam proses memantapkan lagi keserasian pemain bagi mewujudkan suasana berpasukan yang baik.

"Kita perlukan kualiti berpasukan kerana daripada segi individu kita nampak kemampuan mereka dan kini kita perlu dapatkan keserasian pemain.

"Masih ada kepincangan daripada segi permainan berpasukan dan kita minta Mat Zan untuk wujudkan keserasian mereka dan saya yakin usaha itu dapat dilakukan," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Melaka United , Montenegro , Balsa Bozovic

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan