Real Madrid Mahu Pancing Hazard, Sanggup Tukar Bale Ke Chelsea

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 5:50 PM

Eden Hazard.

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid didakwa benar-benar mahu mendapatkan khidmat penyerang sensasi Chelsea, Eden Hazard.

Malah kelab yang baharu dipimpin pengurus Zinedine Zidane itu sanggup menjual pemain bintangnya, Gareth Bale ke Chelsea sebagai pertukaran dengan Hazard.

Menurut laporan The Star, Real Madrid dikatakan bersedia mengeluarkan peruntukan sebanyak 100 juta euro (RM472 juta) semata-mata untuk mendapatkan Hazard.

Hazard merupakan antara pemain yang menjadi kegemaran Zidane.

"Real Madrid mungkin berusaha mendapatkan Hazard dan mereka terpaksa menjual pemain bintang kelab itu, Bale untuk merealisasikan perpindahan tersebut.

"Bale mungkin menjadi sebahagian daripada syarat pertukaran pemain dalam pembelian tersebut," menurut laporan tersebut.

Gareth Bale.

Status Bale bersama The Merengues masih samar selepas pemecatan Rafael Benitez pada malam Isnin lalu.

Bale yang kecewa dengan pemecatan tersebut, merupakan pemain kegemaran Benitez semasa mengendali skuad tersebut.

Sementara itu, Manchester United turut dikatakan mahu mencuba nasib terhadap Bale. 

The Mail melaporkan, United sanggup membelanjakan 75 juta euro (RM330 juta) untuk pemain kelahiran Wales itu selepas usaha untuk mendapatkannya sebelum ini gagal.

Red Devils berminat terhadap Bale sejak beliau berhijrah ke Real Madrid pada 2013.

Pemecatan Benitez mungkin membuka jalan kepada United untuk mendapatkan Bale yang kurang senang dengan tindakan pengurusan tertinggi Real Madrid memecat pengurus dari Sepanyol itu.










Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Gareth Bale , Eden Hazard

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan