"Saya Akan Ke England" - Guardiola

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 10:09 AM

Pep Guardiola.

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola mengesahkan beliau akan meninggalkan Bayern Munich untuk memimpin kelab baharu di England.

Baru-baru ini bekas pengurus Barcelona itu mengumumkan beliau tidak akan melanjutkan kontraknya di Jerman walaupun ia tamat hujung musim ini.

Guardiola, 44, dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Manchester City, Manchester United, Chelsea dan Arsenal.

Namun, beliau hanya mengumumkan akan datang ke England pada musim panas ini tapi tidak mendedahkan kelab yang menjadi pilihan dihatinya.

"Saya mahu mencuba nasib di bandar baharu dan mahu bekerja di England. Saya mendapat beberapa tawaran dari England tetapi belum menandatangani sebarang kontrak.

"Saya mempunyai peluang untuk bekerja di England pada usia yang tepat. Saya merasakan ia perpindahan terbaik untuk saya.

"Itu sebabnya saya membuat keputusan ini," katanya.

Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heins Rummenigge memberi bayangan bahawa Guardiola sudah mengetahui kelab yang akan disertainya musim depan.

Namun, pada Selasa, pengurus kelahiran Sepanyol itu menafikan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

"Saya belum buat keputusan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan