Dr Vida Taja TRW Dua Musim

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 2:51 PM

Dr Hasmiza Othman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ternyata 'jodoh' pengasas produk kecantikan Qu Puteh dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kuat apabila Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan beliau telah memperuntukkan penajaan yang difahamkan mencecah sehingga lapan angka untuk tempoh dua musim khusus buat pasukan negeri kelahirannya itu.

Usahawan wanita dari Machang itu berkata, jika Kafa bersetuju dengan dua syarat utama yang ditetapkannya sebelum ini, beliau tiada masalah untuk mengeluarkan pelaburan besar tersebut. 

"Jika perjanjian dimeterai, saya akan menaja pasukan itu selama dua musim dan ia melibatkan satu pelaburan yang besar. Jadi saya perlu melihat kesesuaian dan kerelevanan nilai (tajaan) itu dengan draf kontrak yang dikemukakan Kafa dan pada masa sama mahu mereka ikut syarat saya.

"Saya tak nak nanti bila kita keluarkan bajet besar tapi apa yang diharapkan tidak berlaku, saya risaulah juga. Namun, nawaitu saya kuat mengatakan jodoh saya dengan Kelantan semakin kuat," katanya kepada mStar Online.

Pada musim lalu, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata The Red Warriors (TRW) memerlukan peruntukan lebih 10 juta untuk memastikan pasukan itu kekal kompetitif dan sentiasa memberi saingan kepada pasukan lain.

Lebih dikenali dengan panggilan Dr Vida, beliau sedang meneliti draf dokumen kontrak yang dikemukakan Kafa sebelum perjanjian antara kedua-dua pihak dimeterai.

"Saya dah terima draf dokumen kontrak daripada Kafa. Boleh dikatakan saya sudah teliti 80 peratus draf dokumen tersebut. Namun, masih ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan lagi," katanya.

Stadium Sultan Muhammad IV yang diwarnakan merah jambu turut menjadi viral di laman Facebook.

Jelas beliau lagi, kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan peringkat akhir sekembalinya Presiden Kafa dari Makkah sebelum perjanjian tersebut dimeterai kedua-dua pihak.

"Kita akan bertemu secepat mungkin. Pada hari itu, saya juga akan serahkan draf dokumen kontrak setebal 10 muka surat kepada Kafa," katanya.

Difahamkan Annuar akan kembali daripada mengerjakan umrah pada Khamis.

Diminta mengulas mengenai kandungan draf dokumen kontrak itu, Dr Vida enggan mendedahkan lebih lanjut sebaliknya menegaskan dua syarat awal yang ditetapkan masih menjadi keutamannya.

"Kita tunggu dan lihat sahaja, tapi saya tetap dengan dua syarat awal, kena macam tu.

"Saya kena ambil kira pelbagai aspek, bermula dengan perubahan di peringkat akar umbi. Itulah yang terkandung dalam draf dokumen 10 muka surat tersebut. Anda pun akan terkejut dengan apa yang saya buat nanti," katanya.

Baru-baru ini, Dr Vida menetapkan dua syarat kepada Kafa sebelum bersedia menaja pasukan tersebut iaitu Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan Pamoga Qu Puteh TRW.

Walaupun timbul spekulasi bahawa beliau turut menyatakan minat untuk menaja pasukan Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah, Dr Vida berkata ia hanyalah sekadar gurauan.

"Nama itu terkeluar tanpa disengajakan tapi saya tetap memilih untuk menaja Kelantan. Niat saya cuma nak bantu kerana yakin dengan kekuatan pasukan ini," katanya.

Lakaran jersi TRW berwarna merah jambu menjadi viral di media sosial selepas Dr Vida menetapkan dua syarat terhadap Kafa.

Mengenai warna stadium, Dr Vida berkata, beliau melihat perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan dan yakin kerajaan Kelantan akan memahami perjuangannya dalam usaha menggembalikan semula zaman kegemilangan TRW. 

"Saya tak nak komen lebih-lebih mengenai perkara ini (stadium) kerana ia milik kerajaan negeri. Namun saya yakin kerajaan negeri pastinya memahami perjuangan sebenar saya untuk pasukan ini.

"Stadium Sultan Muhammad IV pastinya akan jadi mercu tanda Kelantan kerana ramai orang datang ke negeri ini terutamanya semasa sambutan Hari Raya atau cuti sekolah. Ia sedikit sebanyak membantu rakyat di negeri itu menjana pendapatan mereka," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dr Vida , The Red Warriors , Kelantan , Kafa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan