"Satu Penghargaan Dan Keistimewaan Pimpin Real Madrid" - Benitez

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 10:52 AM

Benitez dipecat pada malam Isnin.

(Ubah saiz teks)

MADRID: Bekas pengurus Real Madrid, Rafael Benitez menyifatkan peluang 'singkat' yang diberikan terhadap beliau untuk membimbing kelab gergasi Sepanyol itu sebagai satu penghormatan dan keistimewaan.

Penghargaan itu dinyatakan Benitez dalam sepucuk surat yang dimuat naik dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol dalam laman web beliau, rafabenitez.com.

"Saya mahu semua orang di kelab ini termasuk lembaga pengarah, eksekutif, pekerja dan peminat tahu, ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk membimbing kelab ini," katanya.

Real Madrid mengumumkan pemecatan Benitez pada malam Isnin tidak sampai tujuh bulan mengambil alih kerusi panas yang ditinggalkan Carlo Ancelotti.

Pemecatan itu dibuat selepas Real hanya menduduki tangga ketiga La Liga, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid.

Malah lebih teruk lagi, Real tersingkir daripada saingan Copa del Rey kerana menurunkan pemain yang digantung perlawanan pada pusingan keempat menentang kelab divisyen tiga, Cadiz, Disember lalu.

Namun mereka berjaya melepasi 16 pasukan terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan mereka menentang Roma.

"Sebagai seorang peminat Madrid yang berasal dari Madrid, kekal dengan tradisi dan nilai institusi ini... ia adalah satu penghormatan kerana diberi peluang bekerja bersama kelab ini. 

"Saya mahu mengucapkan terima kasih khususnya buat semua yang memberi saya sokongan sejak hari pertama saya berada di sini dan memudahkan kerja saya. Terima kasih atas bantuan anda semua," katanya.

Dalam surat tersebut juga, Benitez turut mengucapkan selamat maju kepada penggantinya, Zinedine Zidane yang dilantik sebagai pengurus baharu kelab itu.

"Saya mahu mengucapkan semoga berjaya buat Zinedine Zidane, pengganti saya dan pegawainya. Kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai di kedua-duanya - Valdebebas (tempat latihan) dan Bernabeu, saya mengucapkan semoga berjaya," katanya.

Sebelum ini, hubungan Benitez dengan beberapa pemain utama termasuk Karim Benzema dan James Rodriguez dikatakan renggang selepas tindakannya menurunkan mereka sebagai pemain gantian ketika tersingkir pada saingan Copa del Rey.


Tags / Kata Kunci: Rafael Benitez , Real Madrid

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan