Sembilan Tahun Menanti, Impian Farhan Akhirnya Tercapai - Bola Sepak | mStar

Sembilan Tahun Menanti, Impian Farhan Akhirnya Tercapai

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 9:23 AM

Farhan Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

FARHAN Abu Bakar mendakwa terpaksa menunggu selama sembilan tahun sebelum impiannya sejak dibangku sekolah untuk bergelar penjaga gol Kedah termakbul pada tahun ini.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kepada mStar Online apabila namanya disenarai di kalangan 25 pemain skuad Helang Merah yang didaftarkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, impian itu hampir terlaksana pada musim lalu, namun akibat masalah teknikal dan kontraknya belum tamat dengan FAM, dia terpaksa kembali bersama skuad Harimau Muda A.

“Saya memang kecewa bila gagal bersama pasukan Kedah musim lalu kerana impian saya sejak belajar di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong (SMKM) ialah untuk beraksi sebagai penjaga gol pasukan utama Kedah.

“Saya terpaksa bersabar selama sembilan tahun sebelum dapat disenaraikan oleh KFA sebagai pemain mereka yang bakal beraksi pada Liga Malaysia musim ini. Saya mempunyai kontrak dengan KFA bersama empat lagi pemain Harimau Muda tetapi dua daripada mereka dipanggil semula oleh FAM untuk mencuba nasib bersama skuad Sukan Sea 2017.

“Mereka berdua perlu bersabar dan berusaha untuk meletakkan diri dalam skuad Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur dan mencari sebanyak pengalaman sebelum kembali bersama  Kedah,” katanya.

Farhan dilahirkan pada 14 Februari 1993 mula mencipta kejutan ketika beraksi sebagai penjaga gol simpanan kepada Mohd Izham Tarmizi dalam saingan sukan Universiti musim panas di Itali pada 2013.

Dia yang dimasukkan sebagai penjaga gol gantian pada minit ke-72 sebelum berjaya menyelamat dua sepakan penalti pada minit ke-73 dan 78 bagi memastikan skuad negara menang 2-0.

“Saya mengetahui bukan mudah untuk meletakkan diri sebagai penjaga gol utama pasukan Kedah kerana terpaksa bersaing dengan pemain veteran seperti Abd Hadi Hamid yang sudah lama berjuang.

“Kini saya terpaksa membuktikan kemampuan kepada Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bagi meletakkan diri sebagai penjaga gol utama dan kalau mendapat peluang berbuat demikian sudah pasti saya akan melakukan yang terbaik,” jelas Farhan.
Tags / Kata Kunci: Farhan Abu Bakar , Kedah , KFA
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan