Pemain Muda Kedah Jalani Latihan Di Perth

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 2:15 PM

Aminuddin Omar.

(Ubah saiz teks)

JITRA: Tiga pemain muda daripada program skuad pembangunan bola sepak Kedah akan menjalani latihan selama lima minggu bersama kelab Liga Australia, Perth Glory FC.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Aminuddin Omar berkata mereka ialah Muhammad Ikmal Hakim Murshariza, 17, Muhammad Asnawi Sonkurnain, 18, dan Mohd Shaiful Mohd Khalid, 20.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan Negeri berkata pemilihan mereka dibuat berdasarkan prestasi yang ditunjukkan mereka pada perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kedah yang berlangsung Ogos tahun lepas.

"Tujuan kita hantar pemain muda ialah untuk memberi pendedahan awal mengenai teknik dan corak permainan agar pemain tersebut dapat memajukan diri mereka dalam industri bola sepak negara," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata sejak dua tahun lepas pihaknya menghantar pemain muda di bawah program pembangunan bola sepak untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman menjalani latihan bersama Perth Glory FC dan Cardiff City FC.

Aminuddin berharap pemain muda itu yang bakal mewakili skuad utama pasukan Kedah dapat memanfaatkan peluang tersebut untuk menimba lebih banyak ilmu untuk meningkatkan prestasi mereka.

Selain itu, katanya jurulatih dan penolong jurulatih skuad pembangunan bola sepak negeri yang mengiringi tiga pemain itu berpeluang untuk mendapatkan pengalaman baharu bersama pihak kejurulatihan kelab tersebut.

Beliau berkata tempoh lima minggu itu adalah mencukupi untuk pemain dan jurulatih mendapat input penting dari pasukan luar negara itu untuk dimanfaatkan oleh pasukan negeri di masa akan datang.

Katanya pengalaman jurulatih tersebut akan digunakan untuk melatih pemain muda bawah 19 (skuad Piala Belia) dan bawah 21 (skuad Piala Presiden).

Sementara itu Mohd Shaiful berkata beliau akan menggunakan peluang tersebut untuk mempelajari teknik permainan pasukan luar bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi saingan Piala Presiden musim ini.

Anak ketujuh dari 10 beradik tersebut yang bermain untuk pasukan Baling FC tahun lepas tidak menyangka bakat kampung sepertinya dilihat oleh barisan kejurulatihan skuad pembangunan bola sepak negeri dan digilap.

"Saya akan mantapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk berlatih bersama kelab luar negara itu dan ilmu yang diperoleh akan dikongsikan bersama rakan yang lain nanti," kata pemain penyerang itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KFA , Perth Glory FC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan