Dua Pemain Import Baharu Perkuatkan The Fighters

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 10:10 PM

Presiden Felda United FC Datuk Hanapi Suhada (empat, kiri) bersama pemain import baharu FELDA United FC Lutfulla Turaev (dua kanan), ketua pasukan FELDA United FC Mohd Shukor Adan (tiga, kanan), Ketua Jurulatih FELDA United FC Irfan Bakti Abu Salim (kiri) dan Pengurus FELDA United FC Datuk Jamaludin Ahmad (empat kanan) pada majlis menandatangani kontrak pemain FELDA United FC di Dewan Perdana FELDA, Selasa. Turut hadir Timbalan Presiden FELDA United FC Datuk Mohd Isa Abu Kassim (tiga, kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kelab berpotensi tanah air, Felda United mengikat dua pemain import baharu bagi menguatkan cabaran skuad The Fighters dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016.

Timbalan Presiden Felda United Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata kehadiran pemain tengah Uzbekistan, Lutfulla Turaev dan pemain pertahanan dari Brazil, Gilberto Carlos Marangino melengkapkan kuota import pasukan itu yang menggugurkan Makeche Ndumba dan Bojan Milandinovic selepas tamat saingan Liga-M musim lepas.

Menurut beliau, Turaev, 27, pemain yang sebelum ini mewakili kelab Lokomotiv Tashkent akan beraksi di bahagian tengah manakala Gilberto Carlos, 25, yang pernah mewakili kelab Bragantino pula bakal mengukuhkan pertahanan skuad yang berpangkalan di Jengka, Pahang.

"Dengan pemain import baharu ini, saya yakin pasukan kita akan berwajah baharu kerana setelah melihat prestasi yang lalu, kita telah kenal pasti kelemahan dan kita perbetulkan pada musim ini. Sebab itulah ada pemain yang kena gugur dan ada pemain baharu yang kita ambil.

"Saya yakin, pada tahun ini pasukan kita akan mampu mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang telah kita sasarkan," katanya pada sidang media dan majlis menandatangani kontrak pemain di Dewan Perdana Felda, di sini Selasa.

Katanya, Felda United di bawah bimbingan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim disasarkan untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada saingan Liga-M pada musim ini.

The Fighters mengekalkan dua pemain import, Thiago Augusto Fernandes dari Brazil dan Zah Rahan Krangar dari Liberia di samping penyertaan pemain tempatan, Shukor Jusoh (Angkatan Tentera Malaysia), Idris Ahmad (Perak) dan Mohammad Ridzuan Abdunloh (Harimau Muda B/Kedah).

Antara pemain lain yang turut digugurkan ialah Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nasriq Baharom, Fauzan Zulkifli, Mohamad Rashid Mohamad Aya, Qhairul Anuar Roslani, Mohamad Soffuan Tawil, Abdul Latiff Suhaimi dan Shahrulnizam Mustapa.

"Kita berterima kasih kepada Kedah FA kerana melepaskan Ridzuan yang juga pemain Harimau Muda B melalui rundingan secara damai dan tidak mengenakan sebarang syarat atau bayaran. Tapi kita kehilangan Shahrul Mohd Saad, namun kita hormati keputusan beliau untuk kembali berkhidmat kepada negeri asalnya," katanya.

Felda United layak beraksi dalam Liga Super pada 2015 selepas muncul naib juara di belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Perdana musim lepas.

Naib juara Piala FA 2014 itu, pernah mengejutkan Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2015, namun gagal ke final selepas tumpas kepada Kedah pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, Mohd Isa berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah membuat keputusan untuk memilih Felda United untuk memikul cabaran negara di kejohanan bola sepak antarabangsa Piala Emas Bangabandhu 2016 di Bangladesh pada 8 hingga 20 Jan ini.

The Fighters diundi dalam kumpulan A bersama dengan Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal manakala Bahrain, Maldives, Cambodia dan pasukan Olimpik Bangladesh diundi dalam kumpulan B.


Felda United akan turun pada 9 Jan berdepan Nepal pada perlawanan pertama di Stadium Shams-Ul-Huda, Jessore, sebelum berdepan Bangladesh (12 Jan) dan Sri Lanka (14 Jan).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan