Dollah Salleh Sedar Cabaran Kendali Skuad Singa Utara

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 2:35 PM

Dollah Salleh (kiri) sedang memberi panduan tertentu semasa giat melatih pemain pasukan negeri sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Perdana 2016. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ketua jurulatih baharu skuad bola sepak Perlis, Dollah Salleh berkata beliau mahu melihat Stadium Tuanku Syed Putra penuh setiap kali Perlis bermain.

Namun pada masa yang sama beliau berkata beliau menyedari tentang cabaran yang perlu diatasinya ketika mengendali skuad Perlis.

"Saya sedar banyak perkara dan kerja keras perlu dilakukan untuk membina pasukan ini agar peminat dan penyokong tegar Singa Utara kembali menyokong kami.

"Tapi inilah yang saya cari iaitu cabaran untuk menjadikan Perlis sebagai pasukan yang disegani semula," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Namun buat permulaan, Dollah berkata beliau kecewa melihat pemain yang tidak cukup cergas datang untuk menghadiri sesi pemilihan skuad Perlis.

Selepas menyenaraikan 27 pemain, beliau perlu membina kekuatan fizikal dan stamina serta menggabungkan pemain tempatan dan import skuad tersebut, katanya.

"Saya tak mahu Perlis diperlekehkan. Saya yakin sokongan padu pengurusan PFA yang diterajui Presidennya Datuk Rozabil Abdul Rahman akan membantu saya menaikkan semula Perlis dalam kancah bola sepak negara," katanya yang berpuas hati kerana diberi kebebasan memilih pemain.

Menurut Dollah, walaupun belum boleh menamakan 11 pemain utama, beliau mendapati terdapat tujuh atau lapan orang pemain termasuk pemain import yang bakal menjadi tulang belakang kekuatan Perlis musim ini.

Katanya walaupun tiada pemain ternama dalam skuad Perlis, namun kehadiran bekas pemain kebangsaan Mohd Afif Amiruddin dan empat pemain import yang berpengalaman sudah memadai baginya.

Pemain import tersebut ialah Gregory Junior Nwokolo, 29, daripada Nigeria yang pernah mewakili ATM; Obinna Nwaneri, 33, (Nigeria); bekas pemain PDRM, Mohamadou Sumareh, 24, (Gambia) dan bekas penyerang Felda United, Edward Junior Wilson, 31, dari Liberia.

Perlis turut diperkuatkan dengan bekas pemain PDRM, Alafi Mahmud, V.Thirumuragan, Fauzi Majid dan Saiful Amar Sudar, kata Dollah.

Beliau berkata beliau tidak meletak sasaran khusus sehingga selesai beberapa siri ujian dan perlawanan persahabatan yang sedang diatur menjelang pembukaan Liga Perdana pada 12 Februari depan.

Mengenai rakannya Zainal Abidin Hassan yang dilantik sebagai ketua jurulatih juara Piala Malaysia 2015 iaitu Selangor, beliau sebaliknya berkata:"Saya tidak cemburu atau terasa kerana memilih Perlis yang kerdil dan serba kekurangan". - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh , skuad Singa Utara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan