Pengendali Baharu Skuad Harimau Malaya Diketahui Akhir Januari - Abdul Mokhtar

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 6:01 PM

Abdul Mokhtar Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dua kali tertangguh, teka-teki siapa pengendali baharu skuad Harimau Malaya kini hanya akan terjawab pada penghujung bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad mengesahkan Panel Pemilihan FAM sudah menyenaraipendek beberapa calon untuk jawatan itu yang kini dipangku sementara oleh bekas ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee.

"Saya tidak boleh dedahkan berapa ramai calon yang sudah disenaraipendekkan, tapi saya boleh maklumkan sesi temu duga akan dijalankan pertengahan bulan ini dan kemungkinan besar pengendali baharu akan diketahui penghujung Januari," katanya kepada Bernama, Isnin.

Sebelum ini, FAM pernah menyatakan ketua jurulatih baharu yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dollah Salleh akan diketahui pada 31 Oktober tahun lepas sebelum dianjakkan kepada penghujung 2015.

Abdul Mokhtar berkata, laporan daripada sesi temu duga berkenaan akan diserahkan kepada Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan beliau sendiri sebelum badan induk itu membuat keputusan berhubung individu yang layak mengendalikan skuad kebangsaan.

Beliau bagaimanapun berkata, keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak tempatan kerana yakin individu berkenaan sudah 'masak' dengan budaya tempatan.

"Mekanisme temu duga bagi jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara yang digunakan sebelum ini akan turut diguna pakai panel pemilihan pada sesi temu duga itu nanti," jelas Abdul Mokhtar.

Media sebelum ini melaporkan FAM sudah menyenaraipendek tiga calon yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak tempatan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Mereka adalah Kim Swee, bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim Bojan Hodak serta bekas jurulatih Sarawak Robert Alberts.

Jawatan berkenaan kosong selepas Dollah meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan