Pelan Besar Menanti The Red Warrior - Dr Vida

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun masih menunggu pinangan rasmi  Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman telah merangka pelan besar untuk mentransformasi skuad The Red Warrior.

Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata,  beliau mempertimbangkan untuk menyediakan ruang dan laluan khas kepada penyokong wanita bagi memudahkan mereka memasuki Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Baru, Kelantan.

"Saya kena cantikkan (stadium)... mungkin kena ada ruang untuk perempuan sahaja di dalam stadium dan laluan khas untuk memudahkan mereka masuk. Saya akan pertimbangkan sehingga ke peringkat akar umbi apabila saya jadi penaja," katanya.

Malah beliau berkata, langkah pertama kepada transformasi itu adalah pertukaran jersi The Red Warrior kepada warna merah jambu.

"Tidak salah berbuat demikian. Ia warna fenomena di Eropah kerana kelab gergasi seperti Real Madrid turut mengenakan warna merah jambu sebagai warna jersi.

"Kita tengok Cristiano Ronaldo pakai jersi pink, menang lagi, macho pula tu, pink bermaruah dan memodenkan diri," katanya.

Dr Vida

Justeru Ketua Pegawai Eskekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu meminta orang ramai khususnya penyokong tegar The Red Warrior melihat idea itu dari sudut positif.

Dr Vida berkata,  penyokong skuad bola sepak Kelantan perlu berani menerima transformasi tersebut dalam usaha untuk meningkatkan mutu dan mencetuskan anjakan baharu kepada industri bola sepak di negara ini.

"Pembaharuan mungkin berlaku dalam The Red Warrior. Apa yang saya buat sebelum ini jadi fenomena kerana saya lakukan daripada akar umbi.

"Saya ada cita-cita besar terhadap pasukan ini, jadi (penyokong) kena berani terima perubahan yang pastinya akan menggembirakan mereka dan (perubahan ini) menjadi mercu tanda kepada Kelantan," katanya.

Pada Sabtu, Dr Vida memberitahu mStar Online pihaknya hanya menunggu surat persetujuan rasmi mengenai penerimaan tajaan itu daripada Kafa.

Katanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan reaksi positif terhadap syarat tersebut.

Annuar kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.

Baru-baru ini, Dr Vida menetapkan dua syarat terhadap Kafa sebelum bersedia menaja pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Namun, syarat yang ditetapkan tersebut mendapat kritikan dikalangan penyokong pasukan itu yang menyifatkan ia sebagai tidak sesuai dengan imej garang Kelantan.
Tags / Kata Kunci: The Red Warrior , Kafa , Pamoga Qu Puteh , Dr Vida

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan