Muka Baharu Perkuat PFC Harungi Liga Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 9:30 PM

Senarai barisan skuad Tok Gajah musim ini.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persoalan siapa 26 pemain yang bakal menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi Liga Malaysia bagi musim ini, akhirnya dijawab oleh Pahang FC (PFC) pada Ahad.

Senarai itu, yang diumumkan menerusi laman Facebook PFC, menyaksikan separuh daripada pasukan Pahang dibarisi muka baru termasuk tiga pemain import yang akan dibimbing oleh ketua jurulatih Ahmad Shaharuddin Rosdi.

Tiga pemain import berkenaan ialah bekas pemain Cordoba Club de Ftbol di Sepanyol, Ezequiel Pacheco kelahiran Buenos Aires, Argentina, Felipe Alves Nejc Potokar dari Brazil, yang masing-masing akan memperkuatkan barisan serangan, serta pemain kelahiran Slovenia, Nejc Potokar yang ditempatkan di bahagian pertahanan.

PFC turut mengekalkan dua lagi pemain import di bahagian pertahanan iaitu Matthew Davies dan Zesh Rehman.

Antara 12 muka baru pasukan PFC ialah Daniel Wafiuddin selaku penjaga gol manakala Ridhwan Maidin dan Asyar Al-Aafiz akan menguatkan barisan pertahanan.

Rizua Shafiqi, Shah Amirul, Faisal Halim, Salomon Raj, R. Kogileswaran, R. Dinesh dan Hariz Fazrin pula masing-masing akan melengkapkan jentera serangan tengah pasukan PFC.

Tiga muka baharu yang membarisi bahagian serangan ialah Faizal Rani, Amirul Kasmuri dan Shafie Zahari.

Pemain lama yang kekal dalam pasukan bekas gergasi Pantai Timur bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini ialah Mohd Nasril Mat Nourdin, Saufi Mohamad selaku penjaga gol, Saiful Nizam Miswan, Shahrizan Salleh, dan Faisal Rosli (bahagian pertahanan).

Bahagian tengah terdiri daripada pemain D. Saarvindran, Nor Azam Azih manakala sementara pemain yang masih kekal di bahagian serangan pula ialah Fauzi Rozlan.

Pemain yang tidak lagi mewakili pasukan itu ialah Khairul Azhan Mohd Khalid, Azamuddin Md Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, R. Surendran, Azidan Sarudin, Muhammad Syawal Norsam, Mohd Hazri Rozali, Mohd Zaiza Zainal Abidin, Damion Delano Stewart, Matias Ruben Conti, Dickson Nwakaeme. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tok Gajah , PFC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan