Gol Rooney Legakan Van Gaal

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 8:28 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Wayne Rooney melegakan tekanan terhadap Louis van Gaal apabila kapten Manchester United itu berjaya menyumbat gol kemenangan dengan kuisan tumit bagi menewaskan Swansea City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ia adalah gol Rooney yang ke-238 untuk United, sekali gus memintas Denis Law sebagai penjaring kedua terbanyak dalam sejarah United.

Rooney kini juga sebagai penjaring kedua terbanyak dalam era Liga Perdana Inggeris dengan 188 gol di belakang Alan Shearer (260 gol).

Lebih signifikan apabila penyerang England menyumbang kepada kemenangan pertama United selepas kemarau sembilan perlawanan.

Ia adalah kemenangan yang amat diperlukan van Gaal selaku pengurus United yang dikecam hebat dan sedang mempertimbangkan untuk berundur selepas sambutan Krismas.

Empat kekalahan dan dua seri pada Disember nyata memberi tamparan hebat kepada van Gaal dan United terutama selepas terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Terdahulu Anthony Martial menerusi tandukan pada minit ke-47 meletakkan United di depan sebelum Swansea menyamakan kedudukan menerusi tandukan Gylfi Sigurdsson pada minit ke-77.

Bagimanapun nasib menyebelahi United apabila umpanan pemain sayap, Ashley Young pintas dikejar Anthony Martial untuk masuk ke kotak penalti sebelum melorongkan bola kepada Rooney.

Rooney tanpa berlengah memintas bola umpanan Martial dan menguis bersahaja dengan tumitnya sebelum bola membolosi gawang Swansea. -AFP

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan