Pemain United Tunggu Kehadiran Simeone - Bola Sepak | mStar

Pemain United Tunggu Kehadiran Simeone

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 7:31 AM

Diego Simeone.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone dilaporkan berada dalam keadaan tenang dan yakin untuk mengambil alih kerusi panas di Old Trafford dalam masa terdekat.

Menurut laporan The Sun, pemain Manchester United seolah-olah mempersiapkan diri mereka menunggu kehadiran Simeone sebagai pengurus baharu pasukan itu.

Laporan tersebut turut mendakwa beberapa pemain United berkata mereka yakin Simeone adalah individu paling sesuai untuk mengendali kelab tersebut.

Salah seorang pemain United dipetik sebagai berkata:"Semua bertaruh mungkin Jose Mourinho akan datang tetapi cakap-cakap di kalangan pemain semuanya mengenai Simeone."

Pengurus kelahiran Agentina itu dikatakan bersedia mempertimbangkan tawaran United pada musim panas ini.

Malah, pengurus United, Louis van Gaal mungkin akan kekal memimpin kelab itu sehingga hujung musim ini.

United kini menduduki tangga keenam dengan mengumpul 30 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

Red Devils kini terdesak untuk mencari kemenangan selepas sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa lalu.

Simeone mengemudi Atletico memenangi pelbagai kejuaraan sejak mengambil alih kelab tersebut pada 2011.

Semasa di bawah kendaliannya, Atletico pernah memenangi trofi La Liga, Liga Eropah, Piala Super UEFA, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol selain turut mara ke final Liga Juara-Juara.




Tags / Kata Kunci: Diego Simeone , Manchester United
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan