Liga M: Kedah Senaraikan 25 Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Kedah menyenaraikan 30 pemain dan hanya 25 daripada bakal didaftarkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menempuh saingan Liga Malaysia 2016.

Baki lima pemain lagi akan beraksi bersama skuad Liga Simpanan dan akan diberi peluang berada dalam pasukan utama jika terdapat kekurangan pemain akibat kecederaan atau pergantungan.

Kedah selain itu turut mengesahkan empat pemain import iaitu Liridon Krasniqi, Bang Seung Hwan, Sandro Da Silva dan Carlos Kahe - penyerang baru dari Brazil yang juga rakan sepasukan Sandro ketika beraksi di Liga Turki beberapa tahun lalu.

Tiga pemain tempatan yang bakal bersama pasukan Kedah musim ini ialah Amar Rohidan dan Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan Azmeer Yusoff dari Perak.

Ketiga-tiga pemain ini bersetuju dengan kontrak selama setahun yang ditawarkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Sementara itu, lima pemain yang telah menamatkan kontrak mereka bersama skuad Harimau Muda ialah Farhan Abu Bakar, Syawal Nordin, Asri Madzuki, Ariff Farhan dan Amirul Hisham.

Selainnya adalah barisan pemain yang berjaya membantu Kedah menjuarai Liga Premier musim lalu.

Mereka terdiri daripada Baddrol Bakhtiar, Khyrul Helmi Johari, Shafizan Hashim, Abd Hadi Hamid, Syazwan Zainon, Syafiq Ahmad, Sabree Abu, Farhan Roslan dan Syazwan Tajudin.

Pasukan Kedah kembali memulakan latihan pada petang Sabtu Stadium Mini Peremba tanpa kehadiran pemain import yang di jangka tiba bila-bila masa di Alor Setar.

Dalam pada itu, penyerang baru Kedah, Kahe di jangka tiba selewat-lewatnya pada 15 Januari ini.

Barisan pemain Kedah bagi musim 2016 adalah seperti berikut:

Abdul Hadi Abdul Hamid, Farhan Abu Bkar dan Syazwan Abdullah, Liridon Krasniqi, Bang Seung Hwan, Sandro Da Silva dan Carlos Kahe, Mohd Sabree Mat Abu, Syawal Nordin, Osman Yusoff, Shafizan Hashim, Mohd Rapi Azizan Mariappan, Amar Rohidan, Khyrul Helmi Johari, Ahamd Fakri Saarani, Mohd Rizal Ghazali, Amirul Hisham Awang Kechik, Syazwan Tajudin, Abdul Halim Shaari, Mohd Farhan Roslan, Muhd Syafiq Ahmad, Mohd Syazwan Zainon, Mohd Hanif Matdzahir, Mohd Aliff Fadhil Ismail, Azmeer Yusoff, Syazwan Asyraf Mathew, Arif Farhan Md Isa, Mohd Asri Mardzuki dan Syazwan Hazani.

Tags / Kata Kunci: Liga Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan