Isu Syarat Kafa: Dr Vida Terus Dikritik

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016 terus mendapat kritikan di kalangan penyokong The Red Warrior.

Dua syarat yang ditetapkan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida itu melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warrios.

Menerusi tinjauan mStar Online di laman Twitter The Red Warriors @Twt_BolaKelate, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan Dr Vida itu.

Pengguna Twitter @firdausrosaly94 berkata:"Tak payah tajala datuk. Tak sedap jadi nama TRW. Stadium pun nak pink. Mujur tak minta rumput tiang gol pink juga."

Seorang lagi pengguna Twitter @sapetmuhd berkata:"Hahaha lepas ni TRW tukar jadi pink panther hahaha."

Malah, ada penyokong yang memuat naik gambar ilustrasi karakter kartun Power Rangers berwarna merah jambu di laman Twitter tersebut berserta kapsyen Pamoga Qu White TRW 2016.

Menerusi tinjauan di laman Facebook TRWFC, pengguna akaun Shaha Hji Din Shaha  berkata:"Nak taja jangan sapa (sampai) tukar nama dengan warna. Kalau tukar nama dengan negeri semangat negeri jadi lain. Rakyat Kelante jiwa dia atas negeri sangat kuat."

Seorang lagi pengguna Facebook, Zaifar Irfan berkata:" nampaknya pasukan dulu dikenali sebagai THE RED WARRIORS... jika diswastakan akan dikenali sebagai QU PUTEH RED WARRIORS FC... hahahaha."

Terdapat beberapa penyokong yang menyifatkan tindakan Dr Vida itu sebagai tidak ikhlas dalam menaja pasukan tersebut dan mahu Kafa membuat keputusan tepat mengenainya.

"Jangan gadai maruah merah putih TS... bincang moleh TS nok taja biar ikhlas. Demi Kelate apa salahnya Datuk Vida bantu... tapi kekalkan warna merah putih... GKG," kata pengguna akaun Aznida Yusuf.

"Hmm sakit hati tiba-tiba...kalau nak cat stadium pink saya tak kisah sangat walaupun ada juga terasa kecewa.. yang paling saya tidak setuju nama kelab juga hendak ditukar. Hmm rasa macam sejarah-sejarah persatuan bola sepak kelantan macam akan terpadam," kata Athicra TRW.

Sementara itu, tinjauan di laman Instagram  @datoserivida turut dihujani dengan kritikan mengenai dua syarat itu.

Pengguna Instagram @manharris98 berkata:"Bukan senang nak sembang banyak. Tapi kalau dah sampai seat stadium pun nak warna pink memang tak leh terimalah. Hilangnya identiti Kelate... bola sepak bukan gegar vaganza."

"Ni bukan hiburan... ni sukan... kalau boleh biarlah dikekalkan aura merah red warrior punya team... kalau dah tukar kaler pink, macam down je peminat bole kebanyakan lelaki, warna pun ada aura dan pengaruh mood sukan, khasnya bola sepak. Malu kat orang luar negara kalau ikut cadangan penaja macam ni. Harap Datuk Vida fikir balik," kata @yatt_yat.

Pada Sabtu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan Dr Vida yang meluahkan dua syarat itu menerusi sebuah akhbar.

Menurut Annuar, mana-mana penaja yang berhasrat menaja TRW perlulah berunding secara rasmi dengan Kafa terlebih dahulu jika mahu menetapkan syarat yang dikehendaki mereka.

"Saya rayu perkara ini dihormati oleh semua pihak bagi mengelak sebarang salah faham terutama isu berkenaan agak sensitif," kata Annuar menerusi laman Facebooknya.

Tags / Kata Kunci: The Red Warriors , Dr Vida , KAFA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan