Balotelli Mahu Kembali Ke Anfield

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 10:34 AM

Mario Balotelli.

(Ubah saiz teks)

BERITA baik buat penyokong Liverpool. Bekas penyerang sensasinya, Mario Batotelli dilaporkan mahu kembali memperkuat pasukan itu.

Ejen Balotelli sedang berusaha mengatur pertemuan dengan Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dalam masa terdekat untuk merealisasikan perkara tersebut.

Menurut laporan The Mail, ejen Balotelli cuba menyakinkan Klopp agar memberikan peluang kepada pemain tersebut membuktikan kehebatannya di Anfield.

Timbul cakap-cakap bahawa Klopp merupakan pengurus yang sempurna untuk Balotelli.

Klopp dikatakan amat berbeza dengan bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers selain mementingkan penampilan dan bijak di atas padang.

Oleh itu, ada sebab untuk mempercayai bahawa Balotelli akan menyinar sekiranya dibawah pimpinan Klopp.

Jika Klopp yakin Balotelli boleh bekerjasama dengan beliau, maka pemain kebangsaan Itali itu boleh menggembalikan kariernya ke landasan yang tepat.


Tags / Kata Kunci: Mario Balotelli , Liverpool

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan