Kedah Ikat Amar Rohidan, Fakri Saarani Setahun - Bola Sepak | mStar

Kedah Ikat Amar Rohidan, Fakri Saarani Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 8:10 PM

Jeffery Low Han Chow (duduk) bersama Amar Rohidan (berdiri, dua dari kiri) dan Ahmad Fakri Saarani (berdiri, dua dari kanan).

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Kedah memilih untuk mengikat Amar Rohidan dan Ahmad Fakri Saarani menerusi kontrak selama setahun pada Jumaat sebagai persediaan awal menempuh aksi Liga Malaysia tahun ini.

Kedua-dua pemain berpengalaman itu merupakan tonggak terakhir yang menandatangani kontrak selepas lima pemain muda daripada skuad Harimau Muda.

Pengurus skuad Helang Merah, Datuk Jeffery Low Han Chow berkata, hanya dua pemain tempatan sahaja akan menyertai pasukan Kedah dan selebihnya adalah anak negeri ini yang beraksi bersama pasukan Harimau Muda dan Liga Simpanan.

“Hanya Amar dan Fakri sahaja pilihan kita, selebihnya adalah mereka yang telah membantu Kedah menjuarai Liga Premier musim lalu bagi mengharungi Liga Super.

“Carlos Kahe akan mengantikan tempat Chidi Edeh sebagai pemain import keempat Kedah. Dia dijangka tiba di Alor Setar selewat-lewatnya 15 Januari depan bagi menyesuaikan dirinya dengan keadaan di sini.

“Pada 2 Januari (esok) latihan akan dimulakan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan pembantunya di Stadium Mini Peremba dan bukan di Stadium Darulaman kerana padang di situ sedang dibaikpulih," jelas beliau.

Tambahnya, setelah mencapai kejayaan terbaik dalam tempoh enam tahun, pastinya harapan peminat dan pegawai Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) meletak harapan tinggi dan ia merupakan cabaran besar pemain.

“Saya yakin dengan kahadiran Liridon Krasniqi, Bang seung Hwan, Sandro Da Silva, Kahe, Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Farhan Roslan, Fakhri, Amar, Khairul Helmi Johari serta beberapa muka baru dari skuad Harimau Muda... kita mampu untuk mengharungi Liga Super musim depan.

“Ditambah dengan peningkatan prestasi Badddrol, Syazwan Zainon, Farhan Roslan, Syazwan Tajudin, Syafiq Ahmad serta Osman Yusof pasti harapan kita semakin cerah untuk mencabar lawan di pentas Liga Malaysia," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan