Dortmund Tolak Bidaan 30 Juta Euro Terhadap Gundogan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 11:11 AM

Ilkay Gundogan.

(Ubah saiz teks)

HASRAT Juventus untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Ilkay Gundogan masih samar apabila tawaran bernilai 30 juta euro (RM140.2 juta) ditolak Borussia Dortmund.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan sasaran utama Juventus dalam usaha memperkukuhkan skuad Serie A tersebut ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula bulan ini.

Namun Dortmund enggan melepaskan pemain tengah itu dalam usaha pasukan itu melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara di bawah kendalian Pengurus Thomas Tuchel.

Dortmund tewas kepada Juventus menerusi agregat 1-5 pada pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara, Mac tahun lalu.

Pada ketika itu, Dortmund dibawah pimpinan Juergen Klopp yang kini memimpin Liverpool.

Dortmund turut merancang untuk menyambung kontrak Gundogan yang akan berakhir pada 2017.

Pemain kebangsaan Jerman itu bagaimanapun akan menentukan masa depannya pada hujung kempen musim ini.

Jika Gundogan enggan memperbaharui kontraknya, Dortmund mungkin terpaksa melepaskannya kepada Juventus.

Gundogan turut dikaitkan dengan beberapa kelab ternama seperti Barcelona, Arsenal dan Manchester United.

Juventus sudah menandatangani khidmat pemain tengah, Hernanes yang tiba dari Inter pada hujung Ogos lalu tetapi dia hanya beraksi dalam lima perlawanan Serie A musim ini.



Tags / Kata Kunci: Ilkay Gundogan , Borussia Dortmund , Juventus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan