Amar Rohidan, Shakir Shaari Sah Milik Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 7:30 AM

Amar Rohidan.

(Ubah saiz teks)

AMAR Rohidan dan Shakir Shaari merupakan antara tonggak baru yang akan menyarung jersi pasukan Kedah pada saingan Liga Malaysia musim 2016.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jurulatih pasukan Helang Merah, Tan Cheng Hoe ketika dihubungi mStar Online selepas tersebar khabar angin mengenai penghijrahan dua pemain berkenaan.

Menurutnya, dua pemain berpengalaman itu adalah sebahagian daripada muka baru, selain lima pemain Harimau Muda yang akan didaftarkan sebagai tonggak skuad Helang Merah.

“Rohidan dan Shakir akan bersama kita bagi musim 2016. Mereka dengan lima pemain Harimau Muda akan turut serta dalam latihan pasukan Helang Merah yang akan bermula pada 2 Januari di padang yang belum di tetapkan lagi.

“Kita tidak dapat menggunakan Stadium Darulaman kerana kerja baik pulih stadium sedang dilakukan oleh pengurusan stadium dan saya hanya akan mengetahui padang latihan kita pada Sabtu ini.

“Pengalaman Rohidan dan Shakir pasti akan dapat membantu meningkatkan lagi bahagian tengah yang dikemudi oleh Liridon Krasniqi dan beberapa pemain seperti  Syazwaan Tajudin, Hanif, Sandro Da Silva, Farhan Roslan, Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar,” katanya.

Cheng Hoe menambah, penjaga gol pasukan kebangsaan yang beraksi dalam saingan Sukan SEA di Singapura, Farhan Abu Bakar bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Firdaus Mohamed.

Firdaus kembali bersama majikannya iaitu Persatuan Bolasepak Pinang (PFA) setelah dipinjamkan kepada Kedah selama dua musim.

“Kehadiran pemain muda daripada skuad Harimau Muda serta beberapa pemain pasukan Liga Simpanan Kedah  membolehkan saya membuat perancangan untuk menghadapi Liga Super musim depan.

"Setelah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini dan menjuarai Liga Prmeir musim 2015, sudah pasti harapan KFA dan juga ribuan peminat amat tinggi.

“Saya yakin dengan kehadiran penyerang baru dari Brazil, Carlos Kahe akan dapat memantapkan bahagian serangan yang sebelum ini dikemudi oleh Chidi Edeh kerana Kahe pernah berganding dengan Sandro ketika beraksi di Liga Turki sebelum ini.

“Kahe perlu pastikan dia  tiba di Alor Setar seawal mungkin bukan pada 15 Janurai seperti yang dijadualkan sebelum ini kerana kita mempunyai sebulan sebelum Liga Super bernula pada 13 Februari depan.

“Bukan setakat Kahe malah saya juga berharap Bang Seung Hwan, Liridon Kraasniqi dan Sandro mamapu kembali ke Kedah seawal mungkin untuk  menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain," jelas Cheng Hoe.

Beliau turut mengesahkan mengenai perubahan jurulatih penjaga gol bagi musim depan, namun pendedahan individu yang akan dilantik ke jawatan itu belum dibuat ketika ini.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Liga Malaysia 2016

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan