Zainal Abidin Sah Dilantik Jurulatih Baharu Selangor

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung pengendali baharu skuad The Red Giants akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan pelantikan Zainal Abidin Hassan bagi tempoh dua tahun bermula musim depan.

Bekas pengendali Pahang itu akan menggantikan jurulatih dari Australia, Mehmet Durakovic yang tidak disambung kontrak walaupun membantu Selangor menamatkan kemarau 10 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33.

Pengurus pasukan Selangor Amirudin Shari dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan Zainal yang juga bekas pemain negeri itu diputuskan setelah mengambil kira pengalaman dan pencapaiannya selaku jurulatih sejak hampir 14 tahun lepas.

Beliau berkata Zainal akan memulakan tugas rasminya pada Jumaat dan akan mengemudi latihan rasmi pasukan bermula 5 Jan 2016.

"Kehadiran Zainal juga diharap dapat meningkatkan prestasi dan keupayaan kem kejurulatihan Selangor bagi menghadapi musim 2016 yang mencabar," kata Amirudin.

Menyentuh kedudukan  Durakovic, Amirudin berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dengan FAS akan membayar pampasan penebusan kontraknya susulan penamatan perjanjian itu lebih awal. 

Media tempatan sebelum ini mendakwa FAS telah membayar pampasan hampir RM1.1 juta kepada Durakovic kerana menamatkan kontraknya yang masih berbaki setahun.

Amirudin menjelaskan walaupun FAS sudah menawarkan peranan baharu kepada Durakovic untuk membimbing bakat muda di Selangor, namun pengendali itu memilih untuk berehat sementara bersama keluarga di Australia buat masa ini.

"FAS akan mencari masa yang sesuai bagi menyelaraskan semula penglibatan Mehmet untuk pembangunan masa depan bola sepak Selangor," katanya sambil berterima kasih kepada Durakovic yang juga bekas pemain negeri itu yang mengendalikan Selangor sejak 2013.

Dalam perkembangan sama, Amirudin memaklumkan FAS bersetuju mengekalkan khidmat beberapa pembantu jurulatih bagi membantu Zainal menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) serta Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Mereka ialah K. Gunalan selaku Penolong Jurulatih, Azlisham Ibrahim (Jurulatih Penjaga Gol) serta Norhudahiroshi Razak sebagai Jurulatih Kecergasan.

Amirudin turut mengesahkan FAS berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang berbisa PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh dari Liberia sebagai pemain import ketiga skuad Gergasi Merah bagi tempoh setahun.

FAS sebelum ini memutuskan untuk mengekalkan pemain sayap Indonesia, Andik Vermansah dan pertahanan Australia, Robert Cornthwaithe namun menggugurkan dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Guilherme De Paula bagi saingan Liga-M musim depan.

Amirudin pada masa sama berkata, FAS berada dalam proses penilaian akhir untuk mengikat pemain import keempat yang berasal dari Amerika Latin bagi posisi penyerang namun tidak mendedahkan identiti pemain berkenaan.

Sementara itu, Zainal berhasrat mengambil beberapa pemain tempatan yang baharu bagi memperkuatkan skuad itu musim depan.

"Penambahan pemain baharu terutamanya pemain muda amat penting bagi memantapkan jentera pasukan untuk menghadapi dua pertandingan kompetitif pada 2016 iaitu Liga-M dan Piala AFC," katanya kepada Bernama, Khamis.

Tags / Kata Kunci: Zainal Abidin Hassan , FAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan