T-Team Atur Perlawanan Persahabatan Sebelum Hadapi ATM

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 5:46 PM

Rahmat Dermawan (dua, kiri) menyerahkan dokumen kontrak sebagai jurulatih pasukan T-team kepada Ketua Pegawai Operasi T-Team Shahrizan Mohd Zain (dua, kanan) selepas menandatangani kontrak di pejabat pengurusan pasukan T-Team pada 3 Disember lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan bolasepak berstatus kelab,T-Team akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan pra musim dengan beberapa pasukan di Lembah Klang selama seminggu mulai 9 Januari ini.

Penolong jurulatihnya Mohd Azhari Salim berkata ia sebagai persiapan T-Team untuk menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi merebut satu slot kesaingan Liga Super musim depan.

"Kita merancang mengadakan dua perlawanan dengan pasukan Liga Super dan dua perlawanan dengan pasukan Liga Perdana dalam kunjungan tersebut," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menetapkan perlawanan playoff tersebut diadakan di Stadium Ipoh, Perak pada 30 Januari ini.

Mohd Azhari berkata perlawanan persahabataan itu penting bagi T-Team untuk melihat sejauh mana kombinasi pemain dan prestasi pasukan setelah hampir sebulan menjalani latihan.

Beliau berkata T-Team akan turun sebagai "underdog" dan pemain-pemain telah bersedia untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Sementara itu katanya jurulatih baharu T-Team daripada Indonesia iaitu Rachmat Dermawan mampu membawa perubahan positif sejak dilantik sebulan yang lalu.

Mengenai pemain import keempat yang sedang dicari oleh T-Team bagi melengkapkan pasukan, beliau berkata pada masa ini T-Team sedang menguji pemain daripada Ivory Cost Lacine Kone, 35, yang pernah bermain di Liga Indonesia.

Beliau berkata pemain import yang sudah diikat oleh T-Team untuk musim 2016 ialah Makan Kanote, Maiga Abdullav daripada Mali dan Rohid Chand (Nepal).

Tags / Kata Kunci: T-Team , Rachmat Dermawan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan