Gol Benteke Bantu The Reds Benam Sunderland

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 7:08 AM

Benteke (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

CHRISTIAN Benteke muncul wira Liverpool apabila membantu pasukan itu menewaskan Sunderland 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, di Stadium of Light, awal pagi Khamis.

Ia adalah jaringan kedua Benteke dalam tempoh lima hari ketika Liverpool berusaha untuk merapatkan jurang dengan musuh tradisi Manchester United.

United menduduki tangga keenam dengan 30 mata manakala Liverpool ketujuh, juga mengutip 30 mata.

Ketika kedua-dua pasukan bergelut untuk memecah kebuntuan, Benteke memanfaatkan hantaran Adam Lallana dengan melakukan rembatan kencang menerjah gawang Sunderland pada minit ke-46.

Sunderland kini menduduki dua tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 12 mata.

Pasukan tuan rumah akan mengharungi aksi tahun baru menentang tiga pasukan yang menduduki tangga kelima tercorot liga iaitu, Aston Villa, Swansea City dan Bournemouth.

Sekiranya Sunderland merekodkan kemenangan terhadap ketiga-tiga pasukan itu, maka peluang untuk terus kekal dalam aksi Liga Perdana Inggeris lebih cerah.

Namun Liverpool juga masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam usaha merebut kedudukan keempat bagi melayakkan diri pada aksi Liga Juara-Juara.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan