Menang 4-0, Barcelona Atasi Rekod Jaringan Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 7:14 AM

Suarez meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

LUIS Suarez menjaringkan dua gol manakala Lionel Messi satu gol yang juga penampilan ke-500nya bersama Barcelona ketika menentang Real Betis pada aksi La Liga, awal pagi Khamis.

Barcelona menundukkan Real Betis 4-0.

Satu lagi gol Barcelona diperolehi menerusi kesilapan yang dilakukan pemain Real Betis, Heiko Westermann yang menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Kemenangan itu juga merupakan detik indah buat Barcelona apabila merekodkan 180 gol sepanjang tahun ini, lebih dua gol berbanding yang dicatatkan Real Madrid pada 2014.

Barcelona bermula selesa apabila mendahului menerusi kesilapan yang dilakukan Westermann sebelum Messi menjaringkan gol ke-425nya di gelanggang sendiri pada minit ke-35.

Penyerang sensasi Barca, Neymar nyaris menambah jaringan tetapi percubaannya terkena palang.

Namun, Suarez bangkit menjaringkan dua gol terakhir masing-masing pada minit ke-46 dan 83.

Sementara itu, Real Madrid turut cemerlang apabila menewaskan Real Sociedad 3-1.

Gol Madrid dijaringkan Christiano Ronaldo (dua gol) dan Lucas Vazquez.

Sociedad pula memperolehi gol tunggal menerusi jaringan Bruma pada minit ke-49.

Barcelona kini mendahului carta liga dengan mengumpul 38 mata manakala Real Madrid di tempat ketiga dengan 36 mata.












Tags / Kata Kunci: Barcelona , Real Madrid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan