Dua Pasukan Tertinggi EPL Tamat Permainan Tanpa Jaringan

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 7:31 AM

Pemain tengah Leicester City, N'Golo Kante (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Manchester City, Bacary Sagna pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power di Leicester, England awal pagi Rabu. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

DUA pasukan yang berada pada kedudukan tertinggi Liga Perdana Inggeris terikat tanpa sebarang mata dalam perlawanan antara Manchester City dan Leicester City di Stadium King Power di Leicester, England pada awal pagi Rabu.

Keputusan 0-0 itu menyaksikan perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan sebelum melabuhkan tirai 2015.

Keadaan itu memperlihatkan Manchester City gagal memenangi enam perlawanan terakhir malah tiga di antaranya berakhir dengan kekalahan.

The Citizens sebenarnya lebih mendominasi dengan menguasai 60 peratus permainan dan melakukan lima tendangan ke arah gawang dari 14 percubaan.

Berbanding dengan Leicester City, ia hanya cuma melakukan empat kali daripada 11 percubaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan dibuat oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel dibunyikan pada akhir permainan.

Setakat ini, Leicester City yang menduduki tangga kedua meraih 39 mata dari 19 perlawanan, dan menyamai mata yang diperoleh Arsenal pada tangga teratas.

Manchester Cuty pula berada di kedudukan ketiga dengan 36 mata.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan