Tindakan Liar Penyokong, Lima Persatuan Bola Sepak Negeri Didenda FAM

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima persatuan negeri menerima padah setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda mereka selain diberi amaran keras susulan tindakan liar penyokong masing-masing dalam Liga Malaysia.

FAM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) didenda RM15,000 selepas penyokong mereka bertindak melontar botol air minuman dan suar ke padang pada aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 2 Disember lepas.

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) turut didenda dengan jumlah yang samasusulan tindakan penyokong mereka yang membakar mercun semasa perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, 5 Nov lalu.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pula didenda RM12,000 susulan tindakan penyokong mereka membakar suar dan mercun selepas perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia antara pasukan itu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, 4 November lepas.

Turut menerima nasib sama adalah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang didenda RM7,500 susulan tindakan penyokong mereka menceroboh masuk ke padang selepas aksi separuh akhir Piala Malaysia antara The Red Giants dan Pahang di Stadium Shah Alam, 6 Disember lalu.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula didenda RM5,000 berikutan tindakan penyokong mereka menceroboh masuk ke padang selepas aksi Liga Super antara JDT dan Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 22 Ogos lepas.

FAM memaklumkan kesemua pasukan terlibat didenda selepas didapati bersalah melanggar ‘Artikel 70 para 1 dan 2 Kod Tatatertib FAM 2015’  berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ selain ia merupakan kesalahan berulang yang termaktub di bawah Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015.

Badan induk itu menegaskan kesemua pasukan terlibat bakal berdepan tindakan yang lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama.-Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan