Tiada Sebab Untuk Saya Letak Jawatan - Van Gaal

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 7:14 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebab untuk meletakkan jawatan berikutan apa yang dianggapnya sebagai "dominan" terhadap Chelsea.

Manchester United gagal memperoleh kemenangan sebanyak lapan kali berturut-turut termasuk semasa menentang Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Isnin.

Perlawanan di kubu kuat Man United itu menyaksikan keputusan seri 0-0 dengan Chelsea.

Walaupun ramai yang memberi tekanan terhadap kedudukan Van Gaal tetapi bekas pengurus Barcelona itu menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur selagi para pemainnya boleh menunjukkan prestasi dalam mengawal Chelsea.

"Bagi saya ia bukan satu subjek yang menarik kerana saya tidak mempunyai sebarang pengaruh mengenainya, saya hanya boleh bermain dengan pemain-pemain saya," katanya kepada BT Sport ketika ditanya mengenai masa depannya.

"Anda boleh melihat mereka sedang berjuang untuk saya dan memberikan aksi yang baik. Malah selepas keputusan akan lebih baik, jadi saya tidak boleh katakan yang saya terlalu bimbang. Anda tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia bola sepak tetapi saya mempunyai keyakinan penuh dalam lapangan ini," ujar Van Gaal.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan