Man United Labuh Tirai 2015 Tanpa Kemenangan, Terikat 0-0 Dengan Chelsea

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 7:35 AM

Aksi Cameron Borthwick-Jackson (kanan) ketika bersaing dengan pemain tengah Chelsea, Ramires (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Chelsea di Old Trafford, awal pagi Selasa. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United melabuhkan tirai 2015 tanpa kemenangan apabila hanya terikat seri 0-0 ketika menentang Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Selasa.

Berada di kubu sendiri, Man United kelihatan lebih mendominasi permainan.

Kelab Red Devils itu dilihat mengawal dalam penguasaan bola sebanyak 67 peratus terhadap Chelsea.

Bagaimanapun, Man United berdepan dengan kesulitan untuk mencari peluang bagi menjaringkan gol.

Man United menghasilkan 12 peluang tetapi hanya dua daripada yang tepat ke gawang yang dikawal penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois.

Ini berbeza dengan Chelsea yang menciptakan lapan cubaan dengan dua tendangan yang ke arah sasaran.

Pada awal pertandingan, Man United dilihat begitu bertenaga untuk melancarkan serangan dan meraih go.

Penampilan Wayne Rooney juga lebih baik pada kali ini berbanding perlawanan terdahulu.

Dua peluang dihasilkan oleh Juan Mata pada minit kedua dan Anthony Martial namun kedua-dua peluang itu tidak dapat membolosi gawang lawan.

Pada babak kedua, Chelsea mengambil alih dengan memulakan permainan dengan baik.

The Blues memiliki dua peluang melalui Pedro Rodriguez dan Cesar Azpili Cueta pada minit ke-47, dan keduanya di tangani David De Gea dengan baik.

Walaupun permainan selepas itu lebih banyak dikuasai Man United namun pasukan di bawah pimpinan Louis van Gaal masih tidak mampu memecah pertahanan Chelsea sehingga ke akhir permainan.

Hasilnya, kedua-dua pasukan terikat dengan seri 0-0.

Keadaan itu membuatkan Man United kekal berada pada kedudukan keenam dengan 30 mata. 

Begitu juga dengan Chelsea, tambahan satu mata masih tidak dapat melonjakkan kedudukan mereka dari tangga ke-16.

Keputusan tersebut menunjukkan Man United terus gagal meraih kemenangan buat kali kelapan secara berturut-turut.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan