Rooney Bimbang Selepas Digugur Van Gaal

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 7:17 AM

Wayne Rooney.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Tindakan pengurus, Louis van Gaal menggugurkan Wayne Rooney daripada skuad utama ketika pertemuan menentang Stoke City pada Sabtu lalu menimbulkan rasa bimbang penyerang England itu mengenai kedudukannya pada kempen Euro 2016.

Di saat United amat memerlukan kemenangan, Van Gaal meletakkan Rooney di bangku simpanan yang menyaksikan United ketinggalan 0-2 pada babak pertama.

Rooney dimasukkan pada awal babak kedua, namun keadaan ketika itu sudah pun dianggap parah.

Lebih malang, Red Devils gagal membolosi benteng pertahanan pasukan tuan rumah sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat buat United yang tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Berdepan saingan penyerang muda England lain seperti Harry Kane, Jamie Vardy dan Daniel Sturridge yang dianggap menyinar ketika ini, sudah pasti Rooney yang hanya meledak satu gol daripada 10 perlawanan dalam keadaan tertekan.

Van Gaal bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

"Sentiasa sukar untuk menggugurkan kapten dan dia akan berinteraksi secara profesional seperti selalunya. 

"Kami sentiasa mempunyai pelan permainan dan membandingkan pemain ketika sesi latihan. Namun ia bukanlah alasan kami tewas perlawanan pada Sabtu lalu. 

"Ia adalah kerana tekanan yang pemain sedang rasai. Mereka tidak berani bermain bola sepak," kata Van Gaal.


Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan