Guus Hiddink Tetapkan Tiga Sasaran Buat Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 7:41 AM

Guus Hiddink. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

GUUS Hiddink meletakkan sasarannya sendiri buat para pemain Chelsea untuk memenangi tiga saingan liga.

Menurut portal Mail Online, pengurus interim Chelsea itu mahu memenangi Liga Juara-Juara, Piala FA dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada kedudukan keempat teratas.

Sasaran Hiddink itu merupakan sesuatu yang sukar untuk dipenuhi dalam menuju kegemilangan memandangkan kelab itu itu kini berada pada kedudukan ke-15 Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun beliau memulakan misi kemenangan itu menerusi perlawanan pertama yang diuruskan di bawah kepimpinannya selepas mengambil alih semula kelab itu, menerusi perlawanan menentang Watford di Stamford Bridge pada Sabtu.

"Secara amnya, saya menetapkan saya. Jika sasaran itu mustahil, jangan lakukannya," kata Hiddink.

"Tetapi saya meletakkan sasaran itu ke atas mereka kerana perkiraan yang dihitungkan menunjukkan ia adalah mustahil untuk menduduki keempat teratas. 

"Kemudiannya dalam Liga Juara-Juara, selepas itu Piala FA. Ada tiga sasaran perlu ditempuhi," katanya.

"Bagi mencapai sasaran itu atau secara asasnya, mereka (para pemain) sekarang perlu menunjukkan apa keupayaan mereka. Selepas itu, kemudiannya, anda boleh menuju ke arah sasaran-sasaran itu," katanya.

Berdasarkan pencapaiannya sebagai pengurus interim Chelsea sebelum ini dari Februari sehingga Mei 2009, Hiddink hanya mencatatkan satu kekalahan dalam 22 permainan iaitu tewas di tangan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris, dan memenangi 16 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Guus Hiddink , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan