Bintang Bayern Munich Ikut Guardiola Ke Kelab Baru

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola dijangka akan membawa seorang pemain bernilai £40 juta ke kelab baru yang akan disertainya pada musim depan selepas meninggalkan Bayern Munich.

Guardiola yang telah mengumum untuk meninggalkan Bayern dijangka akan menyertai skuad Manchester, namun tidak pasti sama ada Manchester United atau City.

Bagaimanapun khabar angin terbaru yang didedahkan pakar bola sepak Jerman, Raphael Honigstein, seorang bintang Bayern akan turut meninggalkan kelab tersebut.

Guardiola dijangka akan membawa produk yang dihasilnya sejak di Barcelona iaitu Thiago Alcantara.

Itu merupakan syarat pertama Guardiola selepas dia menyertai Manchester dan kelab itu juga perlu mendapatkan pemain lain bagi memperkemaskan pasukan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Manchester

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan