Michel Platini Kecewa

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Michel Platini tidak boleh merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengenai penggantungan lapan tahun yang dikenakan terhadapnya.

Demikian kata peguam Presiden UEFA itu seperti mana yang dimaklumkan pihak Fifa.

Legenda bolasepak Perancis itu perlu menerima notis daripada jawatankuasa etika badan induk dunia itu terlebih dulu sebelum merayu kepada jawatankuasa rayuan Fifa. Jika rayuannya ditolak, beliau boleh merayu kepada CAS.

Situasi ini sekali gus menyukarkan Platini untuk merebut jawatan presiden Fifa pada pemilihan 26 Februari ini, sekalipun jika penggantungan itu ditarik balik.

Platini mengakui kecewa dengan proses itu.

“Apa yang menyukarkan kerana saya tidak tahu bila akan menerima notis itu. Selagi saya tidak terima alasan penggantungan, saya tidak boleh merayu kepada CAS,” katanya.

Platini dan Blatter digantung jawatankuasa etika FIFA mengenai bayaran AS$2 juta (RM8.6 juta) kepada Platini pada 2011 kerana kerja yang dilakukannya antara 1999 dan 2002.

“Dihalang FIFA untuk terus ke CAS dan dihalang merayu  penggantungan itu tanpa diberitahu alasannya, Michel Platini dan penasihatnya mengecam tindakan sabotaj yang disasarkan untuk menyekatnya daripada dipilih sebagai presiden FIFA,” menurut kenyataan peguamnya.

Platini memerlukan persetujuan Fifa untuk membawa kesnya terus kepada CAS.

Semua calon untuk menggantikan Sepp Blatter sebagai pemimpin Fifa perlu mengemukakan pencalonan kepada Ketua Suruhanjaya Pemilihan Fifa, Domenico Sala selewat-lewatnya 26 Januari ini.


Tags / Kata Kunci: Michel Platini , Fifa , Perancis , CAS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan