Melaka United Terima Tajaan RM5 Juta Daripada Edra

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bakal menerima tajaan berjumlah RM5 juta daripada Edra Global Energy Bhd (Edra), bagi memperkuat pasukan Melaka United dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Syarikat penjana dan pembekal tenaga elektrik itu akan menyuntik wang itu secara berperingkat iaitu RM3 juta pada tahun hadapan dan RM1 juta setahun untuk dua tahun berikutnya.

Ketua Pegawai Operasi Edra Mohd Nor Ali berkata, tajaan itu merupakan penghargaan kepada kerajaan negeri dan penduduk Melaka yang banyak memberi peluang kepada syarikat itu menjalankan urusan dalam sektor perindustrian.

"Kami gembira menjadi sebahagian daripada pembangunan Melaka dalam sukan dan perniagaan, kita juga harapkan Melaka United lebih berjaya dan maju pada masa akan datang.

"Ini merupakan sumbangan pertama kami kepada persatuan bola sepak dan kita juga mengharapkan pasukan ini akan lebih melipat gandakan usaha untuk lebih maju seperti pasukan lain," katanya kepada pemberita di sini.

Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris bakalbermain dalam saingan Liga Perdana tahun depan selepas menjuarai Liga FAM tahun ini.

Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata jumlah itu merupakan antara tajaan terbesar yang pernah diterima pasukan itu.

Beliau berkata tajaan itu terus menjadi pencetus semangat kepada pasukan Melaka United untuk berusaha lebih kuat bagi memastikan kejayaan pasukan.

"Ini permulaan yang bagus untuk pasukan kerana dah mula mendapat kepercayaan syarikat besar. Mungkin sumbangan ini juga dapat membuka mata syarikat lain untuk sama-sama menaikkan lagi Melaka United, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangannya," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Melaka United , Edra

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan