Musuh Fabregas, Musonda Berlatih Bersama Skuad Utama Chelsea - Bola Sepak | mStar

Musuh Fabregas, Musonda Berlatih Bersama Skuad Utama Chelsea

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG muda Chelsea, Charly Musonda mengambil tempat dalam sesi latihan skuad utama kelab berkenaan selepas berjaya menarik perhatian Guus Hiddink.

Musonda dinaikkan pangkat untuk beraksi dalam skuad utama Chelsea selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika mewakili pasukan B-21 Chelsea menentang Middlesbrough pada Isnin.

Namanya juga dikatakan berada dalam perancangan Hiddink untuk diturunkan sehingga akhir musim ini.

Musonda sebelum ini bergaduh dengan Cesc Fabregas selepas bola yang disepaknya terkena kepala pemain berkenaan.

Keadaan itu turut menimbulkan suasana huru-hara di atas padang dan memerlukan campur tangan pemain lain.

Musonda kemudian menjadi sasaran Fabregas yang cuba menggasarinya, namun keadaan itu berjaya dikawal oleh barisan kejurulatihan.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Jose Mourinho hampir dipecat oleh pemilik Chelsea.



Tags / Kata Kunci: Chelsea , Cesc Fabregas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan