Mourinho Belum Setuju Urus United - Mendes

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 7:16 AM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

EJEN Jose Mourinho, Jorge Mendes menafikan perbincangan telah diadakan bersama Manchester United bagi mendapatkan khidmat bekas pengurus Chelsea itu untuk menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Red Devils itu.

Mourinho, yang dipecat Chelsea pada malam Khamis lalu, dikaitkan dengan kontroversi perpindahan ke Old Trafford selepas United gagal menduduki tangga keempat teratas Liga Perdana Inggeris dan tersingkir pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Namun Mendes yang dilabel sebagai 'ejen terhebat' yang mewakili Mourinho, Cristiano Ronaldo dan beberapa bintang ternama memberitahu media Brazil, Globoesporte bahawa tiada tawaran diterima daripada United terhadap kliennya itu.

"Tidak terima apa-apa tawaran. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang tetapi buat masa ini tiada persetujuan dicapai.

"Tiada kertas cadangan secara rasmi, berita itu tidak benar," katanya ketika ditanya pemberita mengenai laporan bahawa Mourinho bersetuju untuk berhijrah ke Old Trafford.

Dalam erti kata lain, United dan Mourinho mungkin mengadakan perbincangan secara tidak rasmi.

Bagaimanapun, Mendes tidak menafikan Mourinho pernah menyatakan minat untuk memimpin United.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan