Alex Ferguson Tentukan Masa Depan Van Gaal Di Man United - Bola Sepak | mStar

Alex Ferguson Tentukan Masa Depan Van Gaal Di Man United

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

ALEX Ferguson telah bertemu pihak pengurusan tertinggi Manchester United bagi menentukan masa depan ketua jurulatih kelab itu, Louis Van Gaal.

Pertemuan 'kecemasan' di Old Trafford itu melibatkan Ferguson, Ketua Eksekutif, Ed Woodward dan bekas Ketua Eksekutif United, David Gill.

United dilapor perlu memutuskan satu keputusan berat mengenai masa depan Van Gaal selepas kelab itu gagal mencatatkan kemenangan dalam enam perlawanan sebelum ini.

Dalam pertemuan itu, pemilik kelab iaitu Joel dan Avram Glazer telah menyatakan keputusan mereka kepada Woodward, tetapi masih menunggu pendapat Gill dan Ferguson untuk membuat keputusan akhir.

Turut dikaitkan dalam pertemuan itu ialah pelantikan Jose Mourinho sebagai ketua jurulatih baru.

Van Gaal sebelum ini memberitahu bahawa dia menghormati sebarang keputusan kelab dan bersedia menghadapi segala cabaran termasuk dipecat.

Bagaimanapun masa depan Van Gaal didakwa akan ditentukan oleh Ferguson yang merupakan rakan jurulatih kelahiran Belanda itu.

Ferguson juga dikatakan meminati Mourinho yang membawa gaya bola sepak moden ketika mula membimbing Chelsea.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan