Man United Diminta 'Tak Gelojoh' Cari Pengganti Van Gaal

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 7:49 AM

Louis van Gaal

(Ubah saiz teks)

KEINGINAN peminat agar Louis van Gaal disingkirkan daripada kerusi pengurus Manchester United terus disuarakan, tetapi bekas pemainnya, Phil Neville berharap United terus memberikan kepercayaan kepada pengurus dari Belanda itu.

United sememangnya sedang menunjukkan prestasi buruk apabila gagal meraih walau satu kemenangan dalam enam perlawanan terakhir yang disertainya.


Empat di antaranya adalah di Liga Perdana Inggeris di mana mereka hanya mampu seri dua kali dan kalah dua kali.

Ini menyebabkan posisi United turun satu tangga di kedudukan sementara liga.

Para penyokongnya sudah mula menyuarakan agar Van Gaal diganti. Malah mereka menyebut Jose Mourinho yang baharu saja dipecat dari Chelsea sebagai penggantinya. 

Tapi, Neville tidak sependapat dengan permintaan penyokong United itu. Dia masih yakin Van Gaal mempunyai resepi untuk membangkitkan pasukan The Red Devils.


"Jika anda kalah atau meraih keputusan yang tak sesuai dalam empat atau lima pertandingan, memang akan muncul keterujaan untuk menggantikan pengurusnya. Tapi itu bukanlah penyelesaiannya," kata Phil Neville dipetik sebagai berkata kepada Sports Mole.

"Saya rasa Manchester United tidak harus menjadi sebuah pasukan yang jika mencatatkan keputusan buruk berturut-turut, mereka tidak sabar-sabar mahu menggantikan pengurusnya.

"United harus terus bersama-sama Louis van Gaal. Mereka perlu percaya dengan seseorang yang sudah mempunyai pengalaman panjang dan banyak membantu pasukannya merangkul banyak trofi pada kejohanan utama Eropah itu. Semua mesti yakin dengan Louis van Gaal," katanya yang kini menjadi pembantu pengurus Valencia.

Van Gaal dilantik menjadi pengurus United untuk menggantikan David Moyes pada 19 Mei 2014. Dia mengikat kontrak selama tiga musim bersama United.
Tags / Kata Kunci: Phil Neville , Louis van Gaal

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan