Penggantungan Tanda Karier Sepp Blatter Berakhir - Velappan

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggantungan selama lapan tahun dikenakan terhadap Sepp Blatter, menandakan kariernya sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dijangka berakhir, kata bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan.

Velappan berkata keputusan dibuat Jawatankuasa Etika Fifa itu, atas dakwaan menyalahguna kuasa membabitkan skandal pembayaran AS$2 juta (RM8,600,100) kepada Naib Presiden Fifa dan juga Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini itu, adalah keputusan yang tepat.

"Blatter secara rasmi akan menamatkan tugas dalam kongres pada Februari dan saya merasakan ia agak sukar bagi beliau (berikutan penggantungan lapan tahun) kerana dia bakal menjangkau usia 80 tahun. Ini bermakna ia akan menjadi penamat kepada kariernya.

"Blatter dilantik oleh kongres, badan tertinggi bola sepak dunia dan dia bertanggungjawab kepada kongres. Sebab itu saya terkejut Jawatankuasa Etika menggantung beliau, yang mana keputusan itu melangkaui kongres. Saya tidak tahu  sama ada ini dibenarkan oleh perlembagaan.

"Ini kerana apabila jawatankuasa membuat keputusan, ia terlebih dahulu perlu merujuk kepada Jawatankuasa Eksekutif dan kemudian kepada kongres. Saya tidak pasti sama ada proses penggantungan itu sah atau tertakluk kepada kelulusan kongres. Ia bergantung kepada terma dan syarat Jawatankuasa Etika. Malangnya saya tidak mempunyai salinan itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Velappan, bagaimanapun berkata Platini masih mempunyai kira-kira 15 hingga 20 tahun untuk memimpin bola sepak dunia, namun kini beliau sudah tersisih daripada Fifa berikutan dikenakan penggantungan itu.

Blatter yang menjadi Presiden Fifa sejak 1998 dikenakan denda 50,000 Swiss Francs (RM216,696) manakala Platini didenda 80,000 Swiss Francs (RM346,715) kerana kedua-duanya 'menyalahgunakan dengan teruk' kuasa mereka.

Velappan percaya tiada konspirasi di sebalik keputusan dibuat jawatankuasa berkenaan kerana kes itu telah disiasat dengan teliti.

"Mereka mengambil keterangan Blatter selama lapan jam dan kemudian, Platini dengan sedikit angkuh enggan memberi keterangan. Sudah pasti ia penyalahgunaan jawatan presiden untuk membuat apa-apa bayaran dengan jumlah yang besar berdasarkan perjanjian lisan antara kedua-dua mereka," katanya.

Blatter dan Platini, bagaimanapun dilaporkan akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA serta Mahkamah Timbang Tara Sukan di Lausanne, Switzerland, jika diperlukan. 

Mengenai hak tuan rumah Piala Dunia, Velappan berkata edisi Rusia 2018 tidak akan berdepan masalah kerana kerja-kerja berhubung penganjuran temasya itu sudahpun dimulakan, namun bagi edisi 2022 di Qatar, mungkin masalah akan timbul.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Sepp Blatter , Fifa , Platini

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan