"Dapatkan Guardiola, Wang Bukan Alasan" - Pemilik Chelsea - Bola Sepak | mStar

"Dapatkan Guardiola, Wang Bukan Alasan" - Pemilik Chelsea

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA dilapor sedia mengeluarkan dana besar bagi bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Pep Guardiola yang akan meninggalkan Bayern Munich pada akhir musim ini.

Roman Abramovich kelihatan tidak pernah jemu untuk mendapatkan Guardiola walaupun jurulatih bola sepak moden itu pernah menolak untuk ke Stamford Bridge pada 2012.

City semakin hampir mengikat Guardiola, 44, selepas bukan sahaja sanggup memberi gaji jurulatih paling mahal di dunia tetapi sedia mengeluarkan belanja tanpa had bagi mendapatkan pemain dan kakitangan.

Abramovich cuba mendapatkan Guardiola kerana mahu memadam sejarah dan nama baik Jose Mourinho di kelab itu selain memulakan gaya baru bola sepak Chelsea.

Bagaimanapun Chelsea akur bahawa wang tidak menjadi keutamaan kepada Guardiola kerana kehidupan dan keselesaan keluarga merupakan syarat penting untuk jurulatih berkenaan berhijrah ke kelab baru.


Tags / Kata Kunci: Chelsea , Pep Guardiola
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan