Jose Mourinho Sedia Bimbing Man United - Bola Sepak | mStar

Jose Mourinho Sedia Bimbing Man United

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho dilapor sedia menerima jawatan yang disandang Louis Van Gaal jika Manchester United memecat ketua jurulatih mereka dalam tempoh terdekat.

Van Gaal didakwa semakin hampir dipecat selepas kelab itu tewas kali ketiga berturut-turut dan gagal menang dalam enam perlawanan sebelum ini.

Bekas jurulatih Belanda itu akan diberi peluang terakhir pada pertemuan 'boxing day' menentang Stoke City sebelum pemecatan dibuat.

Pihak pengurusan tertinggi United terpaksa memecat Van Gaal jika tewas kepada Stoke kerana kekalahan itu akan membuatkan kelab berkenaan tertinggal jauh daripada kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Mourinho baru dipecat Chelsea pada minggu lalu, namun namanya antara yang disebut akan menggantikan Van Gaal, selain Ryan Giggs yang merupakan penolong jurulatih ketika ini.

Mourinho juga dilapor memberitahu rakannya bahawa dia berpeluang dilantik mengendalikan United jika kelab itu terus tewas.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan