Pellegrini Pilihan Abramovich Kemudi Chelsea Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 7:53 AM

Manuel Pellegrini.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini dikenal pasti sebagai calon pilihan untuk menggantikan Jose Mourinho di Stamford Bridge bagi tempoh jangka masa panjang.

Menurut Fox Sports, pemilik Chelsea, Roman Abramovich nampaknya menganggap pengurus Chile itu sebagai individu berkebolehan untuk menyelamatkan The Blues.

Bekas pengurus Belanda, Guus Hiddink dilantik sebagai pengurus sementara Chelsea sehingga tamat musim ini.

Namun Pellegrini bakal dilantik sebagai pengurus baharu pasukan itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa Juande Ramos antara calon pilihan yang disebut-sebut menggantikan Mourinho pada musim depan.

"Dalam pelan penggantian pengurus yang disediakan Pengarah Teknikal Chelsea, Michael Emenalo, Pellgrini akan berhijrah dari Manchester City ke Stamford Bridge pada musim panas akan datang, iaitu ketika tempoh Guus Hiddink sebagai pengurus sementara berakhir," demikian menurut laporan tersebut.

Pada malam Khamis lalu, Chelsea membuat keputusan memecat Mourinho selepas gagal memulihkan prestasi hambar pasukan itu pada musim ini.

Malah, Emenalo mendedahkan Mourinho dipecat selepas 'hubungan tegang antara pengendali itu dan anak buahnya' meletakkan kelab dalam keadaan sukar, kata pengarah teknikal Michael Emenalo pada Khamis.

Kelab London itu mengumumkan Mourinho meninggalkan kelab atas persetujuan bersama selepas mengalami sembilan kekalahan dalam 16 perlawanan.

Kekalahan demi kekalahan itu meletakkan juara Liga Perdana Inggeris itu hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Tags / Kata Kunci: Manuel Pellegrini , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan