Bayern Umum Ancelotti Ganti Pep Guardiola Musim Depan

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 9:22 PM

Carlo Ancelotti (kiri) dan Pep Guardiola. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

JUARA Bundesliga, Bayern Munich pada Ahad mengesahkan yang pengurus mereka, Pep Guardiola akan meninggalkan kelab tersebut selepas musim ini tamat.

Pengerusinya, Karl-Heinz Rummenigge turut mengesahkan yang tempat Guardiola akan diganti oleh bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Carlo Ancelotti.

Ancelotti telah bersetuju untuk menandatangani kontrak tiga tahun.

Guardiola, 44, pengurus yang paling berharga dalam dunia bolasepak moden tidak menyatakan destinasi seterusnya selepas ini tetapi media-media utama Eropah telah meramalkan yang dia bakal ke Manchester City.

City bagaimanapun tidak mengesahkan kebenaran laporan tersebut.

Guardiola menyertai Bayern dari Barcelona pada 2013 dan telah memenangi kejuaraan liga dua musim berturut-turut dan jika mereka mempertahankan kejuaraan mereka musim ini bermakna dia akan mencipta sejarah memenangi liga Jerman sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga musim.

Walaupun ditawarkan gaji sebanyak £280,000 seminggu untuk melanjutkan kontraknya selama tiga tahun lagi di Bayern tetapi Guardiola mahu mencari cabaran baharu di negara lain pula.

Latar belakang luar biasa Pep Guardiola: 

Barcelona – Juara La Liga: 2008–09, 2009–10, 2010–11, Juara Copa del Rey: 2008–09, 2011–12, Juara Piala Super Sepanyol: 2009, 2010, 2011, Juara Eropah: 2008–09, 2010–11, Piala Super Eropah: 2009, 2011, Piala Juara Kelab Dunia Fifa: 2009, 2011

Bayern Munich – Juara Bundesliga: 2013–14, 2014–15, Juara Piala Jerman: 2013–14, Juara Piala Super Eropah: 2013, Juara Piala Kelab Dunia Fifa: 2013.

Later belakng Carlo Ancelotti:

Juventus (1999–2001) – Juara Piala Intertoto Uefa: 1999.

AC Milan (2001–2009) – Juara Liga Eropah: 2002–03, 2006–07; Piala Super Uefa: 2003, 2007, Piala Kelab Dunia Fifa: 2007, Juara Serie A: 2003–04, Piala Coppa Italia: 2002–03, Piala Super Itali: 2004

Chelsea (2009–2011) – Juara Liga Perdana Inggeris: 2009–10, Piala FA: 2009–10, Piala Sumbangsih: 2009.

Paris Saint-Germain (2011–2013) – Juara Ligue 1: 2012–13.

Real Madrid (2013–2015) – Piala Liga Juara-Juara Eropah: 2013–14, Piala Super Uefa: 2014, Piala Kelab Dunia Fifa: 2014, Piala del rey 2015.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Carlo Ancelotti

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan