Hiddink Masih Belum Beri Kata Dua Kepada Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 7:30 AM

Guus Hiddink.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Belanda, Guus Hiddink berlepas ke London kurang 24 jam selepas Jose Mourinho dipecat buat kali kedua pada malam Khamis lalu.

Namun, hasrat Chelsea untuk menyaksikan Hiddink mengambil alih kerusi panas yang ditinggalkan Mourinho itu dimeterai pada malam Jumaat nampaknya masih belum terlaksana.

Ini bermaksud pembantu pengurus, Steve Holland akan mengemudi Chelsea ketika berkunjung ke Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

"Kami masih lagi berbincang. Tidak mustahil kami akan terus mengadakan perbincangan pada hujung minggu ini.

"Ia boleh mengambil masa selama beberapa jam atau hari sebelum saya kata ya atau tidak. Berita ini masih baharu. Saya mahu memikirkannya terlebih dahulu," kata Hiddink kepada Fox Sports.

Hiddink dalam satu temubual bersama akhbar Belanda, De Telegraaf pada Jumaat mengakui dia mahu membuat penilaian penuh berhubung situasi di Stamford Bridge sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya ingin mendapatkan beberapa pandangan yang berguna sebelum membuat keputusan.

"Saya mahu maklumat sebanyak yang mungkin. Chelsea berada dalam keadaan tidak baik dan ada sebab itu berlaku.

"Sama ada saya menyaksikan perlawanan akan datang bergantung kepada perbincangan awal saya," katanya.

Hiddink merupakan pilihan utama Chelsea selepas mengambil kira pencapaian terbaiknya membantu The Blues menjuarai Piala FA pada 2009 ketika mengambil alih tugas sementara Luiz Felipe Scolari yang dipecat.



Tags / Kata Kunci: Guus Hiddink , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan