Pengarah Teknikal Chelsea Dedah Punca Pemecatan Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 7:34 AM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chelsea memutuskan untuk memecat Jose Mourinho selepas 'hubungan tegang antara pengendali itu dan anak buahnya' meletakkan kelab dalam keadaan sukar, kata pengarah teknikal Michael Emenalo pada Khamis.

Kelab London itu mengumumkan Mourinho meninggalkan kelab atas persetujuan bersama selepas mengalami sembilan kekalahan dalam 16 perlawanan.

Kekalahan demi kekalahan itu meletakkan juara Liga Perdana Inggeris itu hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Menurut Mourinho, pemain-pemain 'mengkhianati' usahanya selepas kekalahan 2-1 di Leicester City Isnin lalu, perlawanan terakhir kendaliannya.

Malah Emenalo mengesahkan hubungan antara pengendali dari Portugal itu dengan skuad sudah retak.

"Hakikat yang perlu diterima ialah Kelab Bola Sepak Chelsea berada dalam keadaan sukar," kata Emenalo kepada Chelsea TV. 

"Keputusan-keputusan perlawanan tidak bagus. Jelas sekali wujud ketegangan antara pengendali dan pemain. Kami rasa sudah tiba masanya untuk bertindak.

"Emenalo yang menyertai Chelsea sejak tahun 2007, berkata prestasi buruk kelab menyebabkan pemilik, Roman Abramovich tiada pilihan lain selain memecat Mourinho buat kali kedua. 

"Pemilik terpaksa membuat keputusan sukar ini demi kebaikan kelab," kata bekas pemain tengah Nigeria itu. Chelsea, antara kelab terbesar dunia, kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran, itu sudah cukup untuk menggambarkan situasi kami," katanya.

Pengendali dari Belanda, Guus Hiddink, yang dilantik mengendali sementara Chelsea pada tahun 2009, dikatakan akan kembali memainkan peranan sama kali ini.

Bagaimanapun menurut Emenalo, tiada masalah buat Chelsea untuk turun menentang Sunderland pada Sabtu tanpa kehadiran pengendali pasukan. 


Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea , Michael Emenalo

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan