Mohd Azraai Khor Dilamar Dua Pasukan Liga Super

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah dilamar dua pasukan Liga Super yang menagih khidmatnya bagi menempuh saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara itu diakui sendiri oleh Mohd Azraai sendiri ketika dihubungi mStar Online bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar angin bahawa beliau akan kembali ke kancah Liga Malaysia selepas meninggalkan pasukan Kelantan pada pertengahan musim ini.

"Saya memang telah dihubungi oleh dua pasukan Liga Super dan mereka hanya meminta resume. Saya telah memberi apa yang diperlukan, tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan.

"Jika mendapat tawaran, saya akan mempertimbangkan dengan sebaik mungkin sama ada untuk menerima atau menolak.

"Saya sudah lama meninggalkan keluarga di Alor Setar ketika bersama pasukan luar dari Kedah. Oleh itu saya fikir ingin berehat bersama keluarga kerana inilah peluang terbaik untuk bersama anak-anak dan isteri," jelas beliau.

Mohd Azraai  (tengah) ketika bergelar pemain bola sepak profesional.


Mohd Azraai sebelum ini dilaporkan pernah menerima tawaran daripada pasukan Sabah namun terpaksa menolaknya kerana kaedah kontrak yang dianggap tidak serius.

Beliau yang merupakan bekas pemain Kedah sekitar 80-an pernah membimbing skuad presiden negeri tersebut pada 1991 sebelum menjadi penolong jurulatih, Robert Alberts yang berjaya membawa skuad Hijau Kuning menjulang Piala Malaysia pada 1993.

Mohd Azraai kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih pada 2004 sehingga 2009 dan sepanjang tempoh itu beliau berjaya mendapatkan kejuaraan treble sekaligus melakar rekod baharu bagi pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia.

Ditanya adakah beliau pernah ditawar kembali sebagai jurulatih pasukan yang bergelar skuad Helang Merah ketika ini, jawabnya, perkara itu tidak pernah berlaku.

"Saya tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas meninggalkan mereka untuk membimbing pasukan kebangsaan. Kalau boleh biarlah saya membimbing pasukan lain demi menambah pengalaman dan merasai cabaran baru," ujar Mohd Azraai.

Menurutnya, selepas meninggalkan Kelantan pada pertengahan musim ini, beliau berkelana ke Brazil bagi menambah ilmu kejurulatihan dan mengenal lebih dekat teknik negara berkenaan mengendalikan pasukan bola sepak.

"Saya bertandang ke Brazil dengan perbelanjaan sendiri dan berbuat demikian demi menambah ilmu supaya pengetahuan dalam mengendalikan pasukan tidak begitu ketinggalan zaman.

"Kalau kita mahu menambah ilmu, kita perlu mencarinya kerana ilmu tidak akan mencari kita. Demi masa depan sebagai jurulatih saya terpaksa berbelanja besar bagi memastikan dapat menandingi jurulatih dari luar Negara yang sentiasa memastikan mereka tidak ketinggalan dengan taktikal dan teknik permainan bola sepak terkini.

"Alhamdulilah, sejak dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Alberts saya sudah berjaya membuktikan kewibawaan diri dengan membawa Kedah daripada Liga Perdana sehingga menjuarai Liga Super dua kali, Piala FA dua kali dan Piala Malaysia juga dua kali.

"Ini adalah pencapaian terbaik peribadi saya bersama negeri kelahiran sendiri," luah Mohd Azraai.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Kelantan , Mohd Azraai Khor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan