Diego Simeone Dan Pep Guardiola Pilihan Chelsea

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

GUUS Hiddink mungkin akan diberi tugas bagi membimbing Chelsea untuk baki musim ini dan membawa skuad itu kedudukan lebih selesa.

Bagaimanapun jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone dikatakan menjadi pilihan utama Chelsea untuk dilantik sebagahi jurulatih bagi jangka masa panjang selepas Jose Mourinho dipecat.

Tidak mustahil juga, Chelsea akan bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Pep Guardiola yang akan meninggalkan Bayern Munich pada musim depan.

Chelsea dilapor sedia membuat tawaran lebih tinggi kepada Guardiola bagi memastikan jurulatih berkenaan menolak tawaran City pada akhir musim ini.

Hiddink sebelum ini pernah membimbing Chelsea untuk sementara waktu pada 2009 apabila skuad The Blues memecat jurulatihnya, Luiz Felipe Scolari.

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan