Chelsea Akhirnya Pecat Jose Mourinho

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 11:02 PM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

JOSE Mourinho secara sensasi telah dipecat sebagai pengurus Chelsea pada malam Khamis dan ia adalah pemecatan kali kedua untuknya di kelab tersebut. 

Chelsea tewas 2-1 di tangan pendahulu liga Leicester hujung minggu lalu selepas diaibkan oleh kelab kerdil dan pendatang baru liga, Bournemounth minggu sebelumnya. 

Hanya pada Mei lalu pengurus yang berasal dari Portugal itu mengemudi Chelsea untuk muncul juara liga. 

Namun kekalahan di tangan Leicester iaitu yang kesembilan sejak musim baru bermula Ogos lalu tidak memberi banyak pilihan kepada lembaga pengarah Chelsea melainkan untuk memecatnya. 

Moral dalam kem Chelsea buat masa ini berada di tahap yang paling rendah dan mereka berada di zon bahaya untuk tersingkir ke liga bawah jika perubahan tidak berlaku menjelang Krismas. 

Chelsea kini berada di tangga ke-16 liga. Oleh kerana Mourinho baru sahaja menandatangani kontrak baru empat tahun sebaik sahaja mereka berjaya merebut kembali takhta liga Mei lalu, Chelsea terpaksa membayar pampasan dan ganti rugi sebanyal 40 juta Pound Sterling.

Ia bakal menjadi pembayaran pampasan terbesar yang pernah disaksikan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Mourinho pertama kali dilantik sebagai pengurus Chelsea pada 2004 dan selepas buat pertama kali mengemudi mereka sebagai juara liga dia kemudian dipecat pada 2007. 

Dia kemudian kembali ke Chelsea pada 2013 selepas menjadi pengurus Real Madrid. Dan selepas lima tahun Chelsea kegersangan kejuaraan liga Mourinho berjaya mengembalikan maruah kelab London itu dengan merangkul takhta berkenaan musim lalu. 

Malangnya, Chelsea memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka dengan lembab - tewas sembilan kali selepas mengharungi 16 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan