Hernandez Dedah Van Gaal Hanya Beri Satu Peratus Peluang Bermain

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 7:31 AM

Javier Hernandez.

(Ubah saiz teks)

PERPINDAHAN Javier Hernandez dari Manchester United ke Bayer Leverkusen disebabkan oleh Louis Van Gaal memberitahu beliau hanya mempunyai "satu peratus peluang bermain" di Old Trafford.

Penyerang kelahiran Mexico itu dipinjam ke Real Madrid semasa Van Gaal menjadi pengurus Manchester United untuk musim pertama.

Sekembalinya ke Manchester United, Van Gaal menyatakan secara jelas bahawa Hernandez tidak mungkin akan menjadi pemain tetap di bawahnya untuk 2015-2016.

Perkara itu membuat beliau berpindah ke Jerman sekali gus meraih 17 gol dalam 20 kemunculannya dalam semua perlawanan.

"Saya bercakap dengan Van Gaal dan beliau berkata saya hanya mempunyai satu peratus peluang bermain dalam posisi saya, jadi saya berpindah ke Bayer," kata Hernandez.

"Saya berasa yakin sejak hari pertama (dalam pasukan Bayern). Saya rasa diri ini penting, bukan hanya kerana gol-gol yang saya dapatkan, tetapi kerana saya berasa saya akan memulakan setiap perlawanan."

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu masih mengimbas kembali kenangan manisnya di Manchester United sewaktu bersama pengurus ketika itu, Alex Ferguson.

"Saya melalui masa yang begitu baik di sana ketika itu. Saya mendapat permulaan yang luar biasa, banyak peluang walaupun berkurangan dari semasa ke semasa mahupun terpaksa bergilir," tambah Hernandez.

"Saya amat berterima kasih kepada Ferguson. Saya menyifatkan beliau adalah yang terbaik terutama dari segi kepakarannya dalam menguruskan pasukan.

"Setiap pemain ada tempatnya. Seorang pemain masih boleh bermain dalam 15 perlawanan untuk satu musim. Beliau membuka pintu ke Eropah buat saya dan saya memenangi dua gelaran liga di sana."

Tags / Kata Kunci: Javier Hernandez , Louis Van Gaal

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan