Carlo Ancelotti Beri Petunjuk Sedia Tangani Man United

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 7:53 AM

Carlo Ancelotti.

(Ubah saiz teks)

CARLO Ancelotti memberi petunjuk sedia untuk menangani Manchester United selepas mengakui beliau mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama pasukan yang kompetitif dan mempunyai prospek yang menarik.

Pada masa ini, Ancelotti merupakan jurulatih yang tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak beliau meninggalkan Real Madrid pada Mei 2015.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini beliau disebut-sebut akan kembali ke Liga Perdana Inggeris bagi menangani Manchester United.

"Semua pengurus tentu saja fikir boleh untuk melatih Manchester United. Namun, saya tidak menyesal di Real Madrid kerana saya begitu menghargaiknya. Saya akan kembali ke kelab dengan prospek yang bagus dan tentu sahaja yang kompetitif," katanya.

Menurut Ancelotti, semasa beliau di Paris Saint-Germain (PSG), kelab tersebut mempunyai prospek yang sangat bagus.

"Mereka (PSG) bukan kelab yang sarat dengan tradisi seperti Milan atau Real Madris, namun mereka ingin berkembang dan meneruskannya sehingga sekarang.

"Bagaimanapun, Liga Perdana Inggeris adalah yang terbaik dari segi persekitarannya. Di sana juga kompetitif, jadi saya ingin kembali terutama dalam persekitaran seperti itu," ujar Ancelotti.

Ancelotti mempunyai pengalaman yang baik di Liga Perdana Inggeris. Beliau pernah memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Community Shield ketika melatih Chelsea FC selama tiga tahun. 

"Saya akan menunggu untuk melatih sebuah kelab. Saya boleh tunggu sekiranya tidak dapat kelab dengan propek yang baik. Kita lihat saja musim panas berikutnya. Saya tidak akan bertugas di tengah-tengah musim. Namun, saya ingin kembali melatih pada musim panas tahun depan," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Carlo Ancelotti

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan